Showing posts with label UDANG. Show all posts
Showing posts with label UDANG. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

UDANG GALAH GORENG KUNYIT

Bahan-bahan:
  • Beberapa ekor udang galah (dilumur dengan garam dan kunyit)
  • 1 tangkai cabai merah (dipotong serong)
  • 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos cili
  • Sedikit cuka
  • Minyak masak
Cara-cara:
  • Panaskan minyak dan goreng udang hingga bertukar kaler
  • Setelah agak garing, masukkan kesemua bahan lain dan kacau rata
  • Tutup api setelah udang masak dan semua bahan sebati
  • Sedia untuk dihidangkan

 

Sunday, September 25, 2011

UDANG BEREMPAH


Bahan-bahan:
  • Udang (dibersihkan)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 cm halia (dikisar)
  • Sedikit cabai kering (yang telah dikisar)
  • 3 keping asam gelugur
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis
Bahan-bahan tumis darat:
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit daun kari
  • 1 biji bawang besar (dihiris bulat)
Cara-cara:
  • Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar sehingga garing dan naik bau
  • Kemudian, masukkan cabai kering. Kacau rata dan tumis sehingga garing
  • Masukkan semua rempah dan sedikit air. Kacau lagi. Akhir sekali, masukkan udang, asam gelugur, garam dan gula secukup rata
  • Biarkan mendidih dan tutup api. Ketepikan
  • Di dalam kuali, panaskan minyak, tumis bawang besar dan daun kari (sekejap sahaja, tak perlu garing). Tutup api dan tuangkan ke dalam udang berempah tadi. Kacau rata
  • Sedia untuk dihidangkan dan dinikmati


Wednesday, April 20, 2011

UDANG ALA TOMYAM


Bahan-bahan:
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • Halia sebesar ibu jari (dikisar)
  • Sedikit belacan (dikisar)
  • 1 batang serai dititik
  • Cabai kering yang telah dikisar (kuantiti mengikut citarasa)
  • Sedikit pes tomyam (Peace Brand)
  • Beberapa helai daun kari
  • Beberapa helai daun limau purut
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air asam jawa
  • Udang yang telah dicuci (saiz sederhana)
Cara-cara:
  • Panaskan minyak masak, tumis bahan-bahan ynag telah dikisar sehingga naik bau
  • Kemudian, masukkan cabai kering dan pes tomyam. Biarkan garing sebentar
  • Masukkan daun kari, serai dan daun limau purut
  • Akhir sekali, masukkan air asam jawa, garam, gula, sedikit air dan udang
  • Kacau rata dan biarkan mendidih
  • Tutup api, dan sedia untuk dihidangkan

Thursday, February 24, 2011

UDANG MASALA

Bahan-bahan:
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • Sedikit halia (dikisar)
  • Sedikit cabai kering yang telah dikisar (kuantiti mengikut citarasa)
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 2 sudu besar jintan putih
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 tangkai daun kari
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air
  • Minyak masak untuk menumis
  • 1 kg udang ( saiz sederhana)
Cara-cara:
  • Panaskan minyak di dalam kuali
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar
  • Masukkan daun kari
  • Kemudian, masukkan jintan manis, jintan putih, ketumbar dan cabai kering di dalam satu bekas. Masukkan sedikit air, gaul hingga sebati. Masukkan bahan tadi ke dalam bahan tumis
  • Masak hingga garing
  • Masukkan air asam jawa, gula dan garam
  • Masukkan pula udang beserta dengan sedikit air
  • Biarkan mendidih. Tutup api
  • Di dalam kuali lain, panaskan minyak masak. Tumis darat daun kari dan bawang besar yang dipotong bulat (5 min). Setelah itu, masukkan ke dalam kuali udang masala. Gaul rata
  • Sedia untuk dinikmati

Tuesday, April 13, 2010

UDANG NENAS MASAK CABAI


Bahan-bahan:
  • Sedikit udang saiz sederhana
  • Sedikit nenas (dihiris sederhana)
  • 1 biju bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • Sedikit cabai kering yang telah dikisar
  • Sedikt pati santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak masak untuk menumis
Cara-cara:
  • Panaskan minyak masak di dalam periuk
  • Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar hingga garing dan naik bau
  • Masukkan cabai kering, tumis hingga garing
  • Kemudian, masukkan udang, nenas, pati santan, garam dan gula
  • Masak hingga mendidih
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan

Wednesday, March 3, 2010

SAMBAL TUMIS UDANG


Bahan-bahan:
  • Udang saiz sederhana (kuantiti mengikut citarasa)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 1 biji bawang putih (dikisar)
  • Sedikit belacan (dikisar)
  • Sedikit air (kuantiti mengikut citarasa)
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 senduk cabai kering yang telah dimesin
  • Sedikit daun bawang (dihiris sebesar 1.5 cm)
  • Sediki minyak masak untuk menumis
Cara-cara:
  • Cuci udang hingga bersih dan toskan
  • Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar hingga garing dan naik bau
  • Kemudian, masukkan cabai kering yang telah dimesin, tumis sampai garing
  • Masukkan air asam jawa + garam + gula + udang + air
  • Masak hingga mendidih
  • Akhir sekali, masukkan daun bawang, dikacau rata
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan

Thursday, January 28, 2010

UDANG TEMPURA BREADCRUMBS


Bahan-bahan:
  • 8-10 ekor udang segar sederhana besar
  • 100 g tepung tempura@tepung gandum
  • 100 g serbuk roti
  • 1 biji telur
  • Garam secukupnya
  • Lada sulah
  • Minyak utk menggoreng

Cara-cara:

  • Kupas kulit udang, buang kepala dan basuh dengan bersih
  • Kerat bwh bdn udang jgn smpai putus supaya udang tak bengkok masa goreng
  • Lap menggunakan kitchen towel supaya tak meletup ketika menggoreng
  • Taburkan garam dan lada sulah skit
  • Lumur udang dengan tepung, kemudian celup dalam telur yang dah dipukul
  • Lumur udg dalam serbuk roti dan ratakan permukaan udg
  • Pastikan minyak panas dan goreng udang hingga keemasan
  • Sedia untuk dihidangkan