Thursday, December 12, 2013

CARAMEL BUTTER BREAD PUDDING



Bahan-bahan (caramel):
  • 1/2 cawan gula halus
  • 2 sudu besar air biasa
  • 2 sudu besar air panas
Bahan-bahan (pudding):
  • 3 keping roti
  • Sedikit butter
  • 7 sudu besar gula halus
  • 600 ml susu segar
  • 4 biji telur
  • 1 sudu besar esen vanila
  • Sedikit kismis
Cara-cara (caramel):
  • Masak gula dengan air biasa sehingga perang
  • Kemudian masukkan air panas dan dikacau rata
  • Matikan api dan tuangkan ke adalam acuan yang telah disapu butter
Cara-cara (pudding):
  • Satukan telur, susu, gula dan esen vanila. Kacau rata
  • Tuangkan ke dalam acuan yang berisi caramel tadi
  • Sapukan roti dengan butter. Potong roti kepada cebisan-cebisan kecil
  • Susun di dalam acuan yang berisi karamel dan adunan puding
  • Bakar adunan secara stim bath selama 45 min pada suhu 170 degree celcius
  • 15 min sebelum tamat proses membakar, taburkan kismis. Teruskan proses membakar
  • Sedia untuk dinikmati
 

1 comment: