Wednesday, February 24, 2010

AYAM SOTONG PAPRIK


Bahan-bahan:
  • 300 g isi ayam
  • 5 ekor sotong (saiz sederhana, dipotong bulat)
  • 100 g carrot
  • 100 g brokoli
  • 100 g cauliflower
  • 2 paket jagung
  • 2 biji tomato (dipotong 4)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 3 biji limau kasturi (ambil jus)
  • 8 biji cili api (diketuk)
  • 1 labu bawang besar (dihiris bulat)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • Sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak masak

Cara-cara:

  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar dan serai sehingga wangi
  • Masukkan ayam dan sotong, dikacau rata
  • Masukkan carrot, kicap pekat, sos tomato, sos cili, sos tiram garam, gula dan air, dibiarkan mendidih
  • Masukkan sayuran lain dan kacau rata
  • Apabila mendidih masukkan daun limau purut dan cili api, dikacau lagi
  • Masukkan jus limau dan tutup api
  • Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih atau mee atau bihun yg telah dicelurkan

Tuesday, February 23, 2010

CARROT YOGURT SMOOTHIE


Bahan-bahan (1 gelas sahaja):
  • 1 batang lobak merah
  • 3/4 gelas air masak
  • 1/4 susu segar
  • 2 sudu makan yogurt perisa asli
  • 2 1/2 sudu susu pekat (mengikut citarasa)
  • Beberapa ketul ais
  • Daun pudina sebagai hiasan

Cara-cara:

  • Basuh lobak, dibuang kulit dan dihiris
  • Kisar lobak yang telah dihiris dengan air masak
  • Kemudian, tapis air dan masukkan ke dalam blender. Kisar sekali lagi air lobak + susu cair + yogurt + susu pekat + beberapa ketul ais
  • Tuangkan ke dalam gelas, rasa dan tambah jika ada bahan yang kurang
  • Boleh dihias dengan daun pudina dan sedia untuk dihidangkan



Monday, February 22, 2010

RICH CHOCOLATE PUDDING


Bahan-bahan:
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 sudu besar butter
  • 1 paket serbuk agar-agar (10 g)

Cara-cara:

  • Campurkan kesemua bahan kecuali gula, serbuk agar-agar, butter, dan esen vanila di dlm blender, kisar hingga sebati
  • Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar di dalam periuk bersama gula, esen vanila dan serbuk agar-agar
  • Masak bahan tersebut hingga mendidih
  • Setelah mendidih, masukkan butter, kacau hingga pekat dan tutup api
  • Masukkan puding ke dalam acuan yang disukai dan simpan di dalam peti sejuk
  • Sedia untuk dihidangkan, enak dimakan ketika sejuk bersama susu segar


Thursday, February 18, 2010

SET MENU ~ NASI PAPRIK


Saturday, February 13, 2010

SET MENU ~ NASI MINYAK


Saturday, February 6, 2010

NASI GORENG MINYAK SAPI


Bahan-bahan:
  • 2 mangkuk nasi putih (pastikan nasi tidak berketul)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • Sedikit halia (dihiris)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit sos tiram
  • 4 sudu makan minyak sapi
  • Sebiji scramble egg
  • Beberapa ketul nugget yang siap digoreng

Cara-cara:

  • Panaskan minyak sapi di dalam kuali, tumis bawang besar + bawang putih + halia yang telah dihiris sehingga garing dan naik bau
  • Setelah garing, masukkan sedikit sos tiram + garam + nasi putih
  • Dikacau rata dan digoreng sampai garing
  • Tutup api, sedia untuk dihidangkan bersama nugget dan scramble egg
  • Resepi ini mudah dan simple, dan yang paling best, baunya yang harum dan memikat


BIHUN HAILAM


Bahan-bahan:
  • 1/2 bungkus bihun (direndam)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • Udang (kuantiti mengikut citarasa)
  • Daging (kuantiti mengikut citarasa, direbus terlebih dahulu hingga empuk, simpan air daging)
  • Secekak daun sawi (batang dan daun diasingkan dan dihiris sebesar 1.5 cm)
  • Kicap masin secukup rasa
  • Cuka secukup rasa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa
  • Sedikit air jagung yang dibancuh cair utk pekatkan bihun
  • Minyak masak untuk menumis

Cara-cara:

  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan yang dikisar hingga garing
  • Setelah garing, masukkan pula, udang dan daging, biarkan sebentar
  • Seterusnya, masukkan air daging, lada sulah, kicap masin, cuka, garam dan gula, didihkan sebentar
  • Pastikan semua rasa mencukupi sebelum masukkan bihun untuk mengelak rasa yang tidak sekata
  • Jika air daging terlalu banyak, biarkan air kering sebentar, sebelum masukkan bihun
  • Setelah, kuantiti air memadai dengan kuantiti bihun, masukkan sayur sawi, diikuti air tepung jagung yang telah dibancuh (air tepung jagung hendaklah tidak terlalu pekat kerana bihun akan berlendir, so xsedap)
  • Kemudian, masukkan bihun yang telah ditoskan airnya
  • Dikacau rata sehingga sebati
  • Goreng sehingga bihun lembut
  • Setelah sebati dan bihun lembut, tutup api, dan sedia untuk dihidangkan
  • Enak dimakan bersama, sambal kicap cili api

Wednesday, February 3, 2010

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS


Bahan-bahan:
  • Segenggam ikan bilis saiz besar yang telah siap dibersihkan
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 2 biji bawang putih (dikisar)
  • Seketul belacan
  • Cabai kering yang telah dikisar (kuantiti mengikut citarasa)
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit gula perang (optional)
  • Minyak masak untuk menumis
  • 1 biji bawang besar yang dipotong bulat sebagai hiasan

Cara-cara:

  • Panaskan minyak masak di dalam periuk, tumis bahan2 yag telah dikisar hingga garing
  • Setelah garing masukkan cabai kering yang telah dimesin, biarkan garing sebentar
  • Masukkan air asam jawa, gula, garam dan sedikit gula perang, kacau rata
  • Masukkan ikan bilis dan air (jika ingin kuah pekat masukkan sedikit air), biarkan mendidih
  • Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dipotong bulat
  • Tutup api, sedia untuk dihidangkan

TAUHU UDANG GORENG CABAI


Bahan-bahan:
  • 4 ketul tauhu (dibelah 4)
  • 5 tangkai cabai hidup (dikisar)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 1 biji bawang putih (dikisar)
  • Sedikit daun sup dan daun bawang (dihiris sebesar 1.5 cm)
  • Udang (kuantiti mengikut citarasa)
  • Sedikit cuka
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng dan menumis

Cara-cara:

  • Panaskan minyak di dalam kuali, goreng tauhu yang telah dipotong 4, sekejap je dan jangan terlalu garing, goreng tauhu sampai habis
  • Dengan menggunakan kuali yang sama, kurangkan kuantiti minyak jika terlalu banyak, tumis bahan-bahan yang dikisar hingga garing
  • Selepas itu, masukkan udang, cuka, gula dan garam dan biarkan sebentar
  • Akhir sekali, masukkan tauhu yang telah digoreng td diikuti dengan daun bawang dan daun sup, kacau hingga rata dan sebati
  • Tutup api, sedia untuk dihidangkan

TERUNG GORENG KICAP BERLADA


Bahan-bahan:
  • 2 biji terung (dipotong seperti gmbr di atas dan dikelar)
  • Kicap masin
  • Lada hitam (kasar dan halus)
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:

  • Gaul terung dengan kicap masin dan lada hitam halus
  • Perap selama 30-60 minit
  • Panaskan minyak masak di dalam kuali
  • Goreng terung yang telah diperap tadi sehingga garing dan warnanya bertukar keperangan
  • Angkat terung yang sudah garing dan toskan, tutup api
  • Taburkan lada hitam kasar di atas terung yang sudah digoreng
  • Sedia untuk dihidangkan, resepi yang mudah dan simple tp enak dimakan



Tuesday, February 2, 2010

MEE SUAH


Bahan-bahan:
  • 1 bungkus mee suah
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 biji telur
  • 1 kiub pati aym maggi
  • 3 tangai daun bawang (dihiris)
  • 3 tangkai daun sup (dihiris)
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • Udang (kuantiti mengikut citarasa)
  • Secekak sayur sawi (dihiris sebesar 1.5 cm)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis
  • Air (bergantung pada kuantiti kuah yang diingini)
  • Nugget yang telah digoreng dan dihiris (optional)

Cara-cara:

  • Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bawang besar dan bawang putih hingga garing
  • Masukkan udang dan biarkan sebentar
  • Masukkan air, garam, gula dan kiub pati ayam megi, biarkan mendidih
  • Semasa mendidh, pecahkan telur, jgn dikacau kerana telur akan hancur
  • Akhir sekali, masukkan sayur sawi, daun sup, daun bawang dan mee suah, xperlu masak terlalu lama, kerana mee akn kembang dan cepat menyerap air
  • Tutup api dan taburkan bawang goreang
  • Sedia untuk dihidangkan bersama nugget, enak dimakan semasa masih panas


KANGKUNG GORENG SOTONG


Bahan-bahan:
  • Secekak sayur kangkung (diasingkan daun dan batang, cuci bersih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 5 tangkai cabai hidup
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sotong (kuantiti mengikut citarasa)
  • Sedikit ikan bilis
  • Minyak masak untuk menumis

Cara-cara:

  • Kisar bawang besar + bawang putih + belacan + cabai hidup + ikan bilis
  • Panaskan minyak masak di dalam kuali, tumis bahan-bahan yang telah dikisar hingga garing
  • Seterusnya, masukkan garam dan gula
  • Masukkan batang kangkung, biarkan layu sedikit
  • Akhir sekali, masukkan sayur kangkung, kacau rata, xperlu masak terlalu lama
  • Tutup api, sedia untuk dihidangkan


SOTONG GORENG BREADCRUMBS


Bahan-bahan (sotong):

  • 5 ekor sotong segar sederhana besar (dihiris bulat)
  • 100 g tepung tempura @ tepung gandum
  • 100 g serbuk roti
  • 1 biji telur
  • Garam secukupnya
  • Lada sulah
  • Minyak utk menggoreng

Bahan-bahan (sos):

  • 3 tangkai cabai hidup
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit cuka
  • Sedikit sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara (sotong):

  • Gaulkan sotong dengan garam dan lada sulah
  • Lumur sotong dengan tepung, kemudian celup dalam telur yang dah dipukul
  • Lumur sotong dalam serbuk roti dan ratakan permukaan sotong
  • Pastikan minyak panas dan goreng sotong hingga keemasan
  • Sedia untuk dihidangkan

Cara-cara (sos):

  • Masukkan kesemua bahan di dalam blender
  • Kisar hingga lumat dan sebati
  • Tuangkan ke dalam mangkuk, sedia untuk dihidangkan