Wednesday, September 28, 2011

CHILLED PEACH CHEESECAKE


Bahan-bahan (base):
  • 250 g biskut digestive
  • 100 g butter cair 
Bahan-bahan (cream cheese):
  • 250 g cream cheese
  • 90 g gula kastor
  • 1 tin buah peach (diasingkan buah dan sirap; 120g buah peach dipotong dadu)
  • 100 ml sirap peach
  • 1 1/2 sudu besar gelatin
  • 50 ml air
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 200 ml whipping cream
Bahan-bahan (jeli):
  • 1 paket jeli (original)
Cara-cara:
  • Untuk base, hancurkan biskut hingga halus, masukkan mentega cair, gaul rata kemudian tekan padat ke dasar loyang (loyang saiz 8''). Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit
  • Masukkan air ke dalam bekas, taburkan gelatin, biarkan selama 2 minit hingga gelatin kembang. Kemudian, panaskan gelatin secara double boil hingga gelatin larut. Angkat dan masukkan sirap buah peach, kacau rata. Ketepikan
  • Pukul whip cream hingga kental, masukkan jus lemon. Ketepikan
  • Pukul cream cheese dan gula hingga rata. Masukkan gelatin, putar hingga rata dan tidak berketul. Masukkan whip cream dan kaup balik hingga sebati
  • Atur buah peach yang didadu di atas base, kemudian tuangkan cream cheese, ratakan. Simpan selama 4 jam atau semalaman di dalam peti sejuk
  • Keluar dari peti sejuk, susunkan hirisan buah peach di atas kek. Sediakan jeli mengikut arahan pada kotak. Biarkan sejuk sebentar dan sudukan jeli perlahan-lahan di atas kek dan biarkan jeli beku



Monday, September 26, 2011

COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE



Bahan-bahan A:
  • 250 g cream cheese
  • 100 ml fresh milk
  • 50 g butter
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sudu besar esen lemon
  • 60 g self raising flour (diayak)
  • 20 g tepung jagung (diayak)
  • 1/4 sudu kecil garam
Bahan-bahan B:
  • 6 biji putih telur
  • 1/4 sudu kecil cream of tartar (diayak)
  • 140 g castor sugar
Cara-cara :
  • Bahan-bahan A: Cairkan cream cheese, fresh milk dan butter di atas api yang sederhana sehingga larut dan sebati. Tutup api dan ketepikan
  • Setelah sejuk, campurkan bahan-bahan A yang lain dan gaul sebati
  • Bahan-bahan B: Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian, masukkan cream of tartar dan gula. Pukul lagi sehingga adunan menjadi meringue atau sehingga mencapai soft peak
  • Campurkan adunan A ke dalam adunan B. Gaul sebati
  • Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dilanser dengan butter terlebih dahulu
  • Bakar kek secara bain-marie (waterbath) pada suhu 160 (degree celcius) selama sejam atau sehingga masak



Sunday, September 25, 2011

UDANG BEREMPAH


Bahan-bahan:
  • Udang (dibersihkan)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 cm halia (dikisar)
  • Sedikit cabai kering (yang telah dikisar)
  • 3 keping asam gelugur
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis
Bahan-bahan tumis darat:
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit daun kari
  • 1 biji bawang besar (dihiris bulat)
Cara-cara:
  • Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar sehingga garing dan naik bau
  • Kemudian, masukkan cabai kering. Kacau rata dan tumis sehingga garing
  • Masukkan semua rempah dan sedikit air. Kacau lagi. Akhir sekali, masukkan udang, asam gelugur, garam dan gula secukup rata
  • Biarkan mendidih dan tutup api. Ketepikan
  • Di dalam kuali, panaskan minyak, tumis bawang besar dan daun kari (sekejap sahaja, tak perlu garing). Tutup api dan tuangkan ke dalam udang berempah tadi. Kacau rata
  • Sedia untuk dihidangkan dan dinikmati


KAILAN UDANG GERAGAU

Bahan-bahan:
  • Sayur kailan (dihiris dan dibersihkan)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit udang geragau (dibersihkan dan ditos)
  • Sedikit ikan masin (digoreng terlebih dahulu dan dihancurkan)
  • Minyak masak untuk menumis
Cara-cara:
  • Panaskan minyak masak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau
  • Masukkan udang geragau dan ikan masin
  • Setelah itu, masukkan sayur kailan dan sedikit gula. Kacau rata
  • Masak sebentar dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan



Saturday, September 24, 2011

NASI KERABU



Bahan-bahan nasi:
  • 4 cawan beras
  • 1 sudu kecil garam
  • 2-3 titik pewarna
  • 2-3 helai daun limau purut
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • Air secukupnya
Cara-cara nasi:
  • Basuh beras dan toskan
  • Masukkan semua bahan, masak nasi seperti nasi biasa
Bahan-bahan sambal tumis:
  • 5-10 tangkai cabai kering 
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 cm kunyit hidup/ 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 200 ml santan pekat
  • 2 batang serai
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 sudu besar budu/ 3 sudu besar sos ikan
  • Garam dan gula melaka secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis
Cara-cara sambal tumis:
  • Kisar cabai kering, bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga lumat
  • Panaskan minyak, tumis semua bahan tadi sehingga garing dan naik bau
  • Masukkan santan pekat, kunyit, asam gelugor, budu atau sos ikan garam dan gula.Kacau rata
  • Biarkan mendidih
  • Tutup api apabila sambal sudah pekat
Bahan-bahan sambal kelapa ikan:
  • 1 ekor ikan kembung saiz besar
  • 1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 batang serai
  • 1 cm halia
  • Serbuk lada hitam
Cara-cara sambal kelapa ikan:
  • Bersihkan ikan dan bakar sehingga garing. Ketepikan
  • Sementara itu, goreng kelapa parut tanpa minyak dengan api perlahan sehingga garing dan keperangan
  • Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan sehingga halus
  • Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan serai dengan sedikit sahaja air sehingga lumat
  • Campur ikan dengan bahan-bahan kisar, goreng tanpa minyak sehingga agak garing
  • Campur ikan dengan serbuk lada hitam dan kelapa goreng tadi. Gaul sebati. Kisar dengan blender kering campuran tersebut sehingga halus
Bahan-bahan sambal cili padi:
  • 10 biji cili padi
  • Sedikit cuka
  • Garam dan gula secukupnya
Cara-cara sambal cili padi:
  • Kisar cili padi (biarkan sedikit kasar)
  • Masukkan cuka, garam dan gula
Bahan-bahan sambal budu:
  • Budu
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 biji limau purut
Cara-cara sambal budu:
  • Campurkan semua bahan, kacau sebati
Bahan-bahan daging bakar:
  •  200 g daging di potong besar tapi nipis
  • 1 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari
  • Sedikit serbuk jintan manis
  • Sedikit kunyit
  • Garam dan gula secukupnya
Cara-cara daging bakar:
  • Kisar serai, bawang putih dan halia sehingga lumat
  • Campurkan daging, bahan kisar dan bahan-bahan lain. Gaul sebati
  • Perap sebentar
  • Bakar daging sehingga garing
  • Kemudian, daging yang telah dibakar, dihiris nipis
Bahan-bahan ikan celup tepung:
  • Ikan kembung yang telah dibersihkan
  • 3 sudu makan tepung beras
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Sedikit air kapur
  • Sedikit garam
  • 1 biji telur
  • Air secukupnya
  • Minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara ikan celup tepung:
  • Campur kesemua bahan kecuali ikan. Gaul sebati
  • Panaskan minyak. Celup ikan dalam bancuhan tepung
  • Goreng ikan sehingga garing
Bahan-bahan sayur kerabu:
  • Kobis 
  • Timun
  • Bunga kantan
  • Taugeh
  • Kacang panjang
  • Kacang botol/ kacang kelisa
  • Daun kesum
Cara-cara kerabu:
  • Hiris semua bahan kecuali taugeh
Bahan-bahan lain:
  • Telur masin
  • Keropok ikan
  • Solok lada
Cara-cara menghidang:
  • Letakkan nasi. Campurkan semua jenis sayur kerabu, sedikit sambal tumis, sedikit sampal kelapa ikan, sedikit sambal budu, sedikit sambal cili padi, telur masin, keropok ikan, daging bakar dan ikan celup tepung
  • Gaulkan semua bahan. Sedia untuk dinikmati



Thursday, September 22, 2011

AYAM GORENG REMPAH BERIANI


Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan kisar:
  • 6 batang serai
  • 3 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
Cara-cara:
  • Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas
  • Perap selama 1 jam atau semalaman
  • Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, goreng ayam sehingga garing dan masak keemasan
  • Sedia untuk dihidangkan dan dinikmati


Wednesday, September 21, 2011

LIGHT BLUEBERRY CHEESECAKE


Bahan-bahan:
  • 300 ml susu segar
  • 6 keping keju (kraft/ cheesedale)
  • 110 g butter
  • 3 biji telur gred A
  • 90 g gula halus
  • 110 g tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Blueberry filling secukupnya
Cara-cara:
  • Panaskan oven pada suhu 180 (degree celcius), gris loyang dengan butter atau alaskan dengan baking paper
  • Panaskan susu segar di dalam periuk bersama dengan kepingan keju dan butter dengan api perlahan. Kacau sehingga cair dan ketepikan
  • Asingkan putih telur dan kuning telur
  • Pukul putih telur sehingga berbuih dan kembang. Kemudian, masukkan gula halus dan pukul lagi sehingga menjadi meringue (adunan betul-betul ringan dan jika diterbalikkan bekas, adunan tidak tumpah)
  • Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan pada adunan susu yang telah dipanaskan tadi. Kacau perlahan
  • Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan tadi dan kaup balik sehingga sebati
  • Setelah itu, masukkan pula adunan meringue dan kaup balik sehingga sekata
  • Masukkan esen vanila dan sebatikan adunan
  • Ambil loyang yang sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan dan picitkan blueberry filling (gunakan piping bag) dengan cara bulatan di sekeliling adunan
  • Setelah itu, letakkan lagi 2 senduk adunan dan ulangi langkah di atas sehingga adunan habis
  • Bakar pada suhu 175 (degree celcius) dengan menggunakan kaedah bain marie (letakkan loyang adunan di dalam loyang yang lebih besar yang berisi air panas ketika membakar) selama 1 jam atau sehingga masak




Tuesday, September 20, 2011

KEK ALUNAN KASIH

Bahan-bahan:
  • 250 g butter
  • 1 3/4 cawan gula halus
  • 5 biji telur
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Serbuk koko
  • Pewarna (mengikut citarasa)
Cara-cara:
  • Pukul butter dan gula sehingga kembang
  • Setelah kembang, masukkan telur satu persatu dan pukul lagi
  • Masukkan esen vanila dan susu cair diikuti tepung gandum dan baking powder. Gaul sebati
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Letakkan sedikit pewarna yang digemari pada setiap bahagian. Kacau rata
  • Masukkan adunan bahagian pertama di dalam loyang yang telah dilanserkan dengan butter. Ratakan
  • Kemudian, ayakkan serbuk koko (nipis sahaja) pada permukaan lapisan pertama tadi
  • Setelah itu, masukkan adunan bahagian kedua (pastikan lapisan serbuk koko tidak terangkat). Ratakan dan diayak serbuk koko di atasnya
  • Akhir sekali, letakkan adunan bahagian ketiga dan ratakan
  • Bakar adunan pada suhu 160 (degree celcius) selama 1 jam






Monday, September 12, 2011

YONG TAU FU

Bahan-bahan:
  • 10 tangkai cili kering
  • Gula melaka
  • Sedikit bijan goreng
  • Sedikit kacang tumbuk
  • Sedikit bawang goreng
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • Sedikit sos hoisin
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 50 ml air
  • Kangkung, sotong rendam, ketam, bebola, sosej dan lain-lain (direbus)
Cara-cara:
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang perlahan
  • Setelah garing, kisar cili kering dengan sedikit air dan belacan
  • Masukkan bahan yang telah dikisar di dalam periuk
  • Masukkan gula merah, gula, garam, kiub pati ikan bilis, sos hoisin dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Kacau rata
  • Biarkan mendidih. Masak sehingga sos pekat dan likat
  • Tutup api. Taburkan sedikit bijan goreng, kacang tumbuk dan bawang goreng
  • Sedia untuk dinikmati bersama kangkung, sotong rendam, ketam, bebola, sosej dan lain-lain



Sunday, September 11, 2011

BLUEBERRY CHEESE TART

Bahan-bahan (Shell):
  • 170 g butter
  • 50 g gula ising
  • 1 biji telur (gred C)
  • 290 g tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Acuan tart
Cara-cara (Shell):
  • Pukul butter dan gula hingga gula hancur (xperlu pukul lama sangat)
  • Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit
  • Uli sehingga menjadi doh yang lembut (doh tidak melekat di tangan)
  • Untuk mendapatkan doh yang baik, masukkan doh di dalam plastik beg, simpan di dalam peti ais semalaman
  • Setelah itu, ambil sedikit adunan, tekan di dalam acuan tart. Cucuk dasar acuan tart dengan garfu sebelum dibakar
  • Bakar pada suhu 170 (degree celcius) selama 20-25 minit atau sehingga masak
  • Simpan shell di dalam bekas kedap udara
  • Tunggu shell sejuk sebelum letakkan filling
Bahan-bahan (Filling):
  • 250 g blueberry filling
  • 250 g cream cheese
  • 50 g gula kastor
  • 1 biji telur (gred B)
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • Pewarna yang diingini (untuk loret di atas tart)
Cara-cara (Filling):
  • Putar cream cheese dan gula hingga berkrim
  • Masukkan esen vanila dan telur. Putar lagi. Sedia untuk digunakan
  • Masukkan blueberry filling ke dalam piping bag. Pipingkan ke dalam shell
  • Setelah itu, barulah pipingkan cheese filling yang telah disediakan tadi. Kaedah yang sama digunakan seperti pipingkan blueberry filling (guna piping bag yang berlainan)
  • Setelah siap, campurkan sedikit pewarna yang diingini dengan cheese filling. Kacau sebati. Loretkan ke atas tart dengan menggunakan pencungkil gigi mengikut kreativiti tersendiri
  • Bakar pada suhu 170 (degree celcius) selama 5 minit. Sentuh filling dengan jari, jika tidak melekat, maknanya telah masak
  • Sedia untuk dinikmati