Wednesday, October 10, 2012

SNOW CHEESECAKE



Bahan-bahan:
  • 75 g butter (dicairkan secara double boiler)
  • 50 ml air sejuk dari peti ais
  • 100 g self raising flour
  • 60 g tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 5 biji telur (Gred B)
  • 100 g gula halus
  • 2 sudu besar ovalet
  • 1 sudu kecil esen vanila
Bahan-bahan cream cheese:
  • 250 g cream cheese
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen lemon
Bahan topping:
  • 1/2 kotak Kraft Cheddar Cheese
Cara-cara:
  • Cairkan  butter secara double boiler. Campurkan dengan air sejuk. Ketepikan
  • Di dalam satu bekas, diayak bersama tepung naik sendiri, tepung jagung dan baking powder. Ketepikan
  • Pukul putih telur dan gula hingga kembang (soft peak)
  • Di dalam bekas yang lain, pukul kuning telur bersama ovalet hingga kembang. Masukkan esen vanila dan kacau sebati
  • Masukkan adunan butter, tepung dan kuning telur ke dalam adunan putih telur. Kaup balik hingga sebati
  • Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper
  • Bakar pada suhu 150 (degree celcius) selama 1 jam atau sehingga masak
  • Sejukkan dahulu, kemudian dibelah kek kepada 2 bahagian
  • Penyediaan cream cheese: Pukul cream cheese hingga kembang. Masukkan susu pekat dan esen lemon. Pukul lagi hingga sebati
  • Sapukan cream cheese ke atas 1 bahagian kek dan telangkupkan satu bahagian kek lagi. Sapu cream cheese ke seluruh permukaan kek
  • Tabur parutan cheddar ke seluruh permukaan kek. Sejukkan kek di dalam peti ais untuk beberapa jam
  • Setelah sejuk, bolehlah dipotong. Sedia untuk dinikmati


 

No comments:

Post a Comment