Monday, May 21, 2012

PULUT KUNING RENDANG TOK

Bahan-bahan (pulut kuning):
  • 1/2 kg beras pulut (direndam dengan air dan sedikit serbuk kunyit)
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa
Cara-cara (pulut kuning):
  • Toskan beras pulut
  • Panaskan air kukusan
  • Kukus pulut dengan daun pandan sehingga naik wap
  • Keluarkan pulut dan masukkan ke dalam mangkuk besar
  • Tuangkan santan yang telah dimasukkan garam. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula ke dalam periuk kukusan
  • Kukus lagi sehingga naik wap (lebih kurang 30 min)
  • Setelah naik wap, tutup api dan keluarkan pulut
  • Letakkan pulut di dalam bekas dan tekan rata
  • Sedia untuk dinikmati dan enak dimakan bersama kari ayam/ daging atau rendang ayam/ daging
Bahan-bahan (rendang tok):
  • 1 kg daging lembu (dihiris)
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1/4 inci halia (dihiris)
  • 1 helai daun kunyit (dihiris)
  • 3 keping asam keping
  • Garam dan gula merah secukup rasa
Bahan-bahan dikisar:
  • 1/4 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/4 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 sudu besar cabai kering
  • 4 biji bawang besar
  • 5 batang serai
  • 3 cm lengkuas
Cara-cara:
  • Gaul sebati daging, bawang besar yang dihiris, bahan-bahan kisar, halia yang dihiris, daun kunyit, gula, kerisik dan serbuk kari. Perap selama 1 jam
  • Kemudian, masukkan bahan perap ke dalam kuali. Tuang santan hingga menutupi permukaan daging dan kacau sebati
  • Masak di atas api yang perlahan sehingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa dan asam keping. Masak sehingga daging lembut dan rendang kering
  • Semasa masak, pastikan rasa kerisik, serbuk kari dan gula merah adalah seimbang
  • Tutup api dan sedia untuk dinikmati

 

No comments:

Post a Comment