Sunday, February 26, 2012

CURRY CHICKEN PIE




Bahan-bahan (pastry):
  • 150 g butter (pastikan butter sejuk)
  • 280 g tepung gandum (diayak)
  • 1 biji kuning telur (dipukul)
  • Secubit garam
  • 1 sudu kecil gula
Bahan-bahan (inti):
  • Dada ayam (didadu)
  • 1 batang carrot (didadu)
  • 2 biji kentang (didadu)
  • 1 tin cendawan butang (didadu)
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu besar serbuk cili
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis
Cara-cara (pastry):
  • Campurkan kesemua bahan. Uli sehingga membentuk doh
  • Bahagikan kepada dua bahagian. Balut dengan wrapping plastik, disimpan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 30 min
  • Selepas itu, ambil satu bahagian doh, dicanai sederhana nipis
  • Letakkan doh ke dalam acuan tat. Kemaskan
  • Masukkan inti tat dan ratakan
  • Kemudian, ditabur hirisan daun bawang dan parutan cheese
  • Ambil satu lagi bahagian doh, canaikan sederhana nipis untuk menutupi keseluruhan permukaan atas tat
  • Kemaskan bahagian tepi acuan tat
  • Sapukan kuning telur di atas permukaan tat
  • Bakar pada suhu 180 (degree celcius) selama 30 min atau sehingga garing keemasan
  • Setelah masak, sejukkan dan keluarkan tat dari acuan
  • Sedia untuk dinikmati
Cara-cara (inti):
  • Panaskan minyak masak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing
  • Masukkan rempah kari dan serbuk cili yang telah dibancuh dengan sedikit air, tumis sehingga naik bau
  • Masukkan pula, carrot dan kentang. Biarkan empuk sebentar
  • Kemudian, masukkan ayam, cendawan butang, kiub ayam, garam dan gula. Kacau dan masak sehingga kering
  • Tutup api dan sejukkan sebentar
  • Sedia untuk digunakan




No comments:

Post a Comment