Wednesday, April 27, 2011

KUAY TEAW KUNG FU


Bahan-bahan:
  • Kuay teaw
  • 1 kiub pati ayam (maggi)
  • Fish cake/ fish ball/ udang/ ayam
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 5 tangkai cili api (diketuk)
  • Sayur-sayuran (jagung, cendawan, pak choy, carrot, daun sup dan lain2)
  • Sedikit air
  • Telur (kuantiti mengikut kuantiti kuay teaw)
  • Sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah
  • Sedikit minyak
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
  • Pecahkan telur, pukul sedikit. Gaulkan telur dengan kuay teaw
  • Panaskan minyak di dalam pan. Goreng kuay teaw yang telah digaul dengan telur hingga garing
  • Selepas garing, angkat dan toskan di dalam pinggan
  • Di dalam periuk lain, panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau
  • Setelah garing, masukkan air, kiub pati ayam, dan fish cake/ fish ball/ udang/ ayam
  • Biarkan mendidih sekejap
  • Kemudian, masukkan semua sayur, cili api, gula dan garam. Gaul sebati
  • Akhir sekali, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau. Biarkan mendidih
  • Tutup api, tuangkan kuah ke atas kuay teaw yang bersalut telur tadi. Sedia untuk dihidangkan. Taburkan bawang goreng dan daun sup. Sedia untuk dinikmati

2 comments: