Friday, January 29, 2010

NASI BERIANI


Bahan-bahan:
  • 8 cawan beras Basmathi
  • 8 1/2 gelas air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 camca besar rempah Beriani (gunakan rempah Maggi or Faiza)
  • ½ cawan bawang goreng
  • ½ tin kecil tomato puree
  • 1 biji tomato (potong dadu kecil)
  • ½ cawan daun pudina (dimesin)
  • 3 batang cili hijau (dimesin)
  • 10 biji bawang kecil
  • 10 biji bawang putih
  • 2 inci halia Sepokok daun ketumbar (potong 1.5 cm)
  • Segenggam kismis/biji gajus (digoreng)
  • Sedikit pewarna kuning telur
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 2 senduk minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 5 tangkai bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 batang kayu manis
  • 5 biji bunga cengkih
  • 1 pokok daun saderi
  • 1 pokok daun bawang

Cara-cara:

  • Bawang kecil, bawang putih, daun pudina, lada hijau, halia dikisar dengan 1 cawan air
  • Bancuhkan rempah beriani ke dalam bahan yang dimesin tadi
  • Beras dicuci bersih, direndam 10 minit dan ditoskan
  • Dengan menggunakan dapur gas, panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam rice cooker, masukkan kayu manis, cengkih, lawang dan pelaga diikuti dengan rempah yang telah dibancuh tadi
  • Apabila telah naik baunya, masukkan air, susu, bawang goreng dan tomato puree
  • Tutup periuk, biarkan mendidih sebentar, kemudian memasukkan beras
  • Kacau sebentar dan rasa garam gula secukup rasa
  • Selepas itu, tutup api, dan masak nasi menggunakan rice cooker elektrik
  • Setelah nasi masak, dibalik-balikkan nasi. Letakkan beberapa titis pewarna kuning dicelah-celah nasi sambil mengacaunya (perlahan). Taburkan daun ketumbar, tomato, daun sup,bawang goreng dan buah gajus. Tutup semula lebih kurang 10 minit
  • Sedia untuk dihidangkan (hidangan untuk 15 orang)

No comments:

Post a Comment