Sunday, September 5, 2010

BUAH PINGGANG COOKIES


Bahan-bahan:
  • 150 g butter
  • 150 g castor sugar
  • 1 biji kuning telur
  • 120 g biskut meri (mesin halus)
  • 70 g cornflakes (mesin halus)
  • 50 g tepung gandum
  • 100 g tepung naik sendiri
  • 100 g tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan cornflakes (dikisar sederhana halus utk tabur)
Cara-cara:
  • Pukul butter dan gula hingga kembang
  • Setelah kembang, masukkan kuning telur, dan pukul lagi. Kemudian, masukkan esen vanila, kacau rata
  • Masukkan kesemua bahan2 lain, gaul sebati dengan tangan sehingga lembut elok
  • Kemudian, canai adunan dan terap dengan acuan (jika adunan berderai, tambahkan sedikit butter yang telah dipukul kembang dan digaul sebati....ini akan memudahkan dan mempercepat proses menerap)
  • Sapukan kuning telur di atas adunan dan taburkan cornflakes
  • Bakar kuih pada suhu 175 (degree celsius) sehingga kekuningan dan masak

1 comment: