Wednesday, April 25, 2012

CHOCOLATE COFFEE MUFFINS


Bahan-bahan:
  • 2 sudu besar kopi segera
  • 70 ml susu segar
  • 50 g butter
  • 60 g gula kastor
  • 1 biji telur
  • 150 g tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • 65 g coklat masakan
Cara-cara:
  • Potong coklat masakan kecil-kecil. Ketepikan
  • Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan
  • Campurkan susu segar dengan kopi segera. Kacau rata dan ketepikan
  • Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan tepung yang telah diayak tadi dan campuran kopi susu ke dalam adunan butter secara berselang seli. Kaup balik hingga sebati
  • Akhir sekali masukkan coklat yang telah dipotong tadi. Kaup balik hingga sebati
  • Sudukan adunan ke dalam acuan muffin hingga 3/4 penuh. Bakar selama 25 min pada suhu 180 (degree celcius)
  • Sedia untuk dinikmati 

 

No comments:

Post a Comment