Wednesday, April 25, 2012

APAM COKLAT


Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung superfine
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 4 sudu besar serbuk koko
Cara-cara:
  • Panaskan air kukusan
  • Diayak bersama tepung, serbuk koko dan soda bikarbonat. Ketepikan
  • Pukul putih telur dengan gula hingga kental
  • Pukul kuning telur. Kemudian campurkan sekali susu pekat, minyak masak dan air. Kacau sebati
  • Akhir sekali campur kesemua bahan, kaup balik hingga sebati (kalau nk adunan lebih sebati boleh pukul adunan guna mixer or blender)
  • Masukkan adunan ke dalam acuan
  • Kukus di dalam pengukus yang telah mendidih sehingga masak (selama lebih kurang 15-30 min, bergantung pada acuan yang digunakan, kalau acuan kecil, lebih cepat masak)
  • Sedia untuk dinikmati

 

No comments:

Post a Comment