Monday, July 11, 2011

SAMBAL GORENG JAWA

Bahan-bahan:
  • Tempe (dipotong nipis dan digoreng)
  • Ubi kentang (dipotong nipis, kecil dan digoreng)
  • Kacang buncis (dihiris nipis)
  • Suhun dan pucuk (direndam, dipotong sederhana)
  • Sedikit udang kering (dikisar)
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 batang serai dititik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit kicap manis
  • Sedikit air asam jawa
  • Cabai kering (telah dimesin, kuantiti mengikut citarasa)
  • Minyak masak untuk menumis
Cara-cara:
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Kemudian, masukkan cabai kering yang telah dimesin, goreng sehingga garing
  • Masukkan pula, air asam jawa, garam, gula, kicap manis dan serai. Gaul rata
  • Akhir sekali, masukkan tempe, ubi kentang, kacang buncis, suhun dan pucuk. Gaul rata. Masak sehingga kering
  • Sedia untuk dihidangkan

No comments:

Post a Comment

Post a Comment