Saturday, August 21, 2010

IKAN BAWAL TIGA RASA

Bahan-bahan:
  • Seekor ikan bawal
  • 2 biji bawang putih (dicincang halus)
  • 5 biji bawang merah (dicincang halus)
  • 8 biji cabai hidup (dicincang halus)
  • 2 biji halia sebesar ibu jari (dihiris halus)
  • 3 tangkai serai (diketuk)
  • 8 biji cili api (diketuk)
  • 2 biji tomato (dipotong dadu)
  • 2 kerat nenas (dipotong dadu)
  • 2 sudu cili boh
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan
  • Sedikit daun ketumbar
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Serbuk kunyit, garam, dan gula
  • Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Cara-cara:
  • Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh dan tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat dan toskan
  • Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang dan goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah, halia dan serai, goreng lagi sehingga naik bau
  • Masukkan cabai hidup yang telah dicincang tadi dan goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas
  • Masukkan tomato, sos tiram, sos ikan, gula dan garam, dan tepung jagung yang telah dibancuh dgn air
  • Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar

No comments:

Post a Comment