Saturday, August 21, 2010

SIPUT LALA GORENG


Bahan-bahan:
  • 1 1/2 kg siput lala (dicuci bersih dan ditoskan)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 3 ulas bawang merah (dimesin)
  • 4 ulas bawang putih (dimesin)
  • 3 tangkai cabai hidup (dimesin)
  • 2 tangkai serai (diketuk)
  • 5 biji cili api (diketuk)
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • Secekak daun ketumbar (dihiris 3 inci)
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
  • Siput lala direndamkan dalam air sebentar, dibasuh dan ditoskan
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan yang dimesin sehingga wangi
  • Masukkan serai dan cili api, biarkan sebentar
  • Masukkan sos tomato, sos tiram, garam, gula, daun ketumbar dan siput lala, kacau rata
  • Tutup dengan penutup kuali dan biarkan sebentar
  • Angkat dan hidangkan dalam pinggan
  • Sedia untuk dinikmati

No comments:

Post a Comment