Monday, January 16, 2012

DEATH BY CHOCOLATE CAKE



Bahan-bahan (kek):
  • 2 cawan gula kastor
  • 2 cawan self raising flour (diayak)
  • 3 biji telur (gred A)
  • 1 cawan serbuk koko (diayak)
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak (jagung/masak)
  • 1 cawan air panas mendidih
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil esen vanila
Bahan-bahan (ganache):
  • 2 cawan whipping cream
  • 500 g cooking chocolate 
  • 1/8 cawan golden syrup
Bahan-bahan (whipped cream):
  • 1 cawan non dairy whipping cream
Cara-cara (kek):
  • Campurkan tepung naik sendiri, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder di dalam satu bekas. Gaul sebati
  • Di dalam bekas lain, pukul telur dan gula hingga kembang. Kemudian, masukkan esen vanila, susu cair dan minyak masak. Kacau sebati
  • Masukkan pula, campuran tepung ke dalam adunan telur. Kaup balik hingga sebati
  • Akhir sekali, masukkan air panas mendidih dan kacau rata
  • Di dalam loyang bersaiz 9" yang dilapisi tracing paper, masukkan adunan dan bakar pada suhu 180 (degree celcius) selama 1 jam 30 min atau sehingga masak
  • Biarkan kek sejuk dahulu, barulah dikeluarkan dari loyang
  • Potong kek kepada dua bahagian yang sama besar
  • Sapukan whipped cream yang telah dicampur dengan sedikit coklat ganache di atas permukaan 1 bahagian kek (cara penyediaan ganache dan whipped cream seperti di bawah). Kemudian, telangkupkan bahagian kek yang satu lagi. Sapukan whipped cream keseluruh permukaan kek
  • Sejukkan kek di dalam peti ais selama lebih kurang 30 min. Setelah itu, keluarkan kek dan curahkan coklat ganache ke atas kek dan ratakan
  • Bolehlah dihias kek mengikut kreativiti tersendiri. Sedia untuk dinikmati. Lebih enak dimakan ketika sejuk
Cara-cara (ganache):
  • Didihkan whipping cream terlebih dahulu. Setelah mendidih, masukkan coklat masakan. Kacau rata
  • Kemudian, masukkan golden syrup
  • Diambil 1 cawan ganache yang telah tersedia dan baki disejukkan di dalam peti ais untuk dituang ke atas kek nanti
Cara-cara (whipped cream):
  • Diambil 1 cawan non dairy whipping cream, dipukul hingga kental
  • Kemudian, campurkan 1 cawan ganache yang telah diasingkan tadi dan kacau hingga sebati
  • Kemudian, bolehlah disapu di atas kek


No comments:

Post a Comment