Friday, January 27, 2012

HOMEMADE VANILLA ICE CREAM



Bahan-bahan:
  • 5 biji kuning telur
  • 100 g gula kastor
  • 375 ml susu penuh krim
  • 375 ml non dairy whipping cream
  • 3 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
  • Pukul kuning telur dan gula kastor sehingga berkrim. Ketepikan
  • Panaskan susu di dalam periuk dengan api perlahan (sekejap je, jangan sampai mendidih)
  • Kemudian, masukkan adunan kuning telur dan gula ke dalam susu. Masukkan juga esen vanila. Kacau sehingga agak pekat (menjadi seperti kastard dan pastikan adunan tidak mendidih). Tutup api dan sejukkan sebentar 
  • Pukul whipping cream sehingga kental (soft peak)
  • Campurkan adunan kastard ke dalam whipping cream. Kaup balik hingga sebati
  • Masukkan ke dalam bekas dan sejukkan di dalam peti ais (overnight)
  • Sedia untuk dinikmati





No comments:

Post a Comment