Wednesday, November 9, 2011

ALMOND FLAKES BREAD PUDDING



Bahan-bahan puding roti:
  • 10 keping roti (dipotong kiub)
  • 3 keping roti (dipotong segitiga)
  • 3 cawan susu cair
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 6 biji telur
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 150 g butter (dicairkan)
  • Sedikit garam
  • Kismis (kuantiti terpulang kepada individu)
  • Almond flakes (kuantiti terpulang kepada individu)
Bahan-bahan sos kastard:
  • 200 ml air
  • 200 ml susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu besar kastard
  • 3 sudu besar gula kastor
Cara-cara puding roti:
  • Roti yang dipotong kiub dan dipotong segitiga diletakkkan di dalam bekas yang berlainan
  • Masukkan susu cair ke dalam kedua-dua bekas tadi, sedikit sahaja susu dimasukkan ke dalam bekas roti dipotong segitiga, selebihnya dimasukkan ke dalam bekas roti yang dipotong kiub (tujuannya adalah untuk mengembangkan roti)
  • Cairkan butter dan ketepikan
  • Pukul telur putih dengan gula sehingga kembang
  • Pukul pula kuning telur (tak perlu pukul lama)
  • Campurkan putih dan kuning telur. Masukkan esen vanila dan garam. Gaul sebati
  • Campurkan adunan telur dengan roti yang dipotong kiub.Masukkan butter yang telah dicairkan dan juga kismis. Gaul sebati. Biarkan adunan seketika (5-10 min)
  • Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilanser dengan sedikit butter
  • Akhir sekali, susun roti yang dipotong segitiga yang telah kembang di atas adunan supaya kelihatan cantik selepas dibakar nanti
  • Taburkan kismis dan almond flakes
  • Bakar pada suhu 180 (degree celcius) selama sejam atau sehingga masak
  • Sejukkan dahulu dan sedia untuk dihidangkan bersama sos kastard
Cara-cara sos kastard:
  • Campurkan kesemua bahan di dalam periuk hingga sebati
  • Masak di atas api sederhana sehingga sos pekat
  • Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan bersama puding roti

No comments:

Post a Comment