Sunday, November 13, 2011

EGG TART

 


 
Bahan-bahan shell/ crust:
  • 170 g butter
  • 50 g icing sugar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 290 g tepung gandum (diayak)
Bahan-bahan egg filling:
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air suam
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 4 biji telur
  • Sedikit pewarna kuning
Cara-cara shell/ crust:
  • Dipukul butter dan gula ising sehingga kembang
  • Kemudian, masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi
  • Akhir sekali masukkan tepung gandum, gaul rata sehingga membentuk doh yang lembut
  • Ambil sedikit doh dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dasar tat dengan garfu (cucuk sedikit sahaja, kalau boleh jangan sampai lubang di bawah)
  • Bakar pada suhu 170 (degree celcius) selama 20-25 min atau sehingga masak
  • Keluarkan tat dari acuan, dan sejukkan sebentar
  • Setelah tat sejuk, letakkan egg filling ke dalam tat dan bakar pada suhu 180 (degree celcius) selama 15-20 min. Setelah siap dibakar, mungkin terdapat beberapa tat yang melekat pada loyang, kerana  egg filling tertumpah semasa proses pembakaran. Oleh itu, cungkil tat dengan pisau atau sudip secara berhati-hati
  • Sedia untuk dinikmati
Cara-cara egg filling:
  • Campurkan air suam dan gula. Kacau hingga gula larut
  • Kemudian, masukkan semua bahan lain dan kacau sebati
  • Sedia untuk digunakan


Friday, November 11, 2011

CREAM PUFF CUSTARD CREAM

 



Bahan-bahan puff:
  • 100 g butter
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 150 g tepung gandum (diayak)
  • 2 biji telur + 2 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
Bahan-bahan kastard:
  • 1 biji kuning telur
  • 150 ml whipping cream
  • 1 1/4 sudu besar tepung kastard (diayak)
  • 25 g gula kastor
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
Cara-cara puff:
  • Di dalam satu bekas, campurkan tepung dengan garam
  • Masukkan butter dan air ke dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair dengan api sederhana. Kemudian, masukkan campuran tepung dan garam. Kecilkan api dan kacau hingga sebati dan membentuk doh yang tidak melekat di periuk. Tutup api dan sejukkan sebentar
  • Pukul putih telur dahulu sehingga sedikit kembang. Dipukul pula, kuning telur (diperlu pukul lama)
  • Campurkan putih telur dan kuning telur. Kacau rata. Masukkan esen vanila. Kacau lagi
  • Apabila adunan doh telah suam, masukkan campuran telur ke dalamnya. Pukul hingga sebati. Adunan yang terhasil tidak terlalu keras dan tidak terlalu cair (lembut)
  • Masukkan adunan ke dalam piping bag beserta nozel bintang, pipingkan adunan di atas loyang yang telah digris dengan sedikit butter
  • Bakar adunan pada suhu 200 (degree celcius) selama 30 min atau sehingga masak kekuningan
  • Sejukkan puff sebentar
  • Potong sedikit di bahagian tepi puff, dan pipingkan kastard ke dalam puff. Buat sehingga habis
  • Diayak sedikit gula ising ke atas puff sebagai penyeri
  • Sedia untuk dinikmati
Cara-cara kastard:
  • Masukkan kesemua bahan kastard ke dalam periuk. Pukul sedikit hingga sebati
  • Kemudian, masak di atas api yang sederhana sehingga pekat
  • Tutup api dan sejukkan sebentar
  • Masukkan kastard ke dalam piping bag
  • Sedia untuk dipipingkan ke dalam puff


NASI BERIANI YOGURT MANGGA

Bahan-bahan:
  • 4 cawan beras basmathi (direndam 1 jam, dicuci dan ditos)
  • 4 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan yogurt perisa mangga 
  • 1 sudu besar rempah beriani
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 biji tomato (dibuang biji dan didadu)
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sedikit hirisan daun sup
  • Sedikit bawang goreng
  • 3 sudu besar minyak sapi
Bahan-bahan tumis:
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum cengkih
  • 5 biji buah pelaga
Cara-cara:
  • Panaskan minyak sapi dan masukkan bahan-bahan tumis. Tumis sehingga garing dan naik bau
  • Kemudian, masukkan tomato yang didadu. Layukan sebentar dan masukkan rempah beriani. Tumis sehingga naik bau
  • Masukkan beras, susu cair, yogurt, daun pandan, kiub ayam, garam dan air. Kacau rata dan masak seperti biasa
  • Apabila air kering, masukkan beberapa titis pewarna kuning. Biarkan nasi betul-betul masak. Kemudian, gemburkan
  • Taburkan dengan hirisan daun sup dan bawang goreng. Sedia untuk dinikmati


KURMA DAGING BADAM

 Bahan-bahan:
  • 1 kg daging (dipotong sederhana besar)
  • 1/2 cawan susu cair + perahan separuh biji limau nipis (jadikan tairu)
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 1 cawan susu cair
  • Sedikit air
  • 1 biji bawang besar (dibelah 4)
  • 5 biji kentang (sederhana besar)
  • 3 tangkai daun pudina
  • Sedikit daun sup (dikerat kasar)
  • 2 sudu besar air mawar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
Bahan-bahan kisar:
  • 10 biji kacang badam 
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 biji buah pala
Cara-cara:
  • Campurkan daging dan bahan kisar ke dalam satu bekas. Perap selama 30 minit
  • Kemudian, masukkan daging yang diperap di dalam periuk. Dimasukkan juga susu cair, minyak sapi, sedikit air, kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang, cengkih dan daun pandan. Rebus sehingga daging separuh empuk
  • Kemudian, masukkan kentang. Rebus lagi sehingga kentang dan daging empuk
  • Setelah itu, masukkan tairu, belahan bawang besar, daun pudina, daun sup, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati. Masak sehingga kuah pekat
  • Akhir sekali masukkan air mawar dan sedikit minyak sapi. Kacau rata. Tutup api
  • Sedia untuk dinikmati

Wednesday, November 9, 2011

ALMOND FLAKES BREAD PUDDING



Bahan-bahan puding roti:
  • 10 keping roti (dipotong kiub)
  • 3 keping roti (dipotong segitiga)
  • 3 cawan susu cair
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 6 biji telur
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 150 g butter (dicairkan)
  • Sedikit garam
  • Kismis (kuantiti terpulang kepada individu)
  • Almond flakes (kuantiti terpulang kepada individu)
Bahan-bahan sos kastard:
  • 200 ml air
  • 200 ml susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu besar kastard
  • 3 sudu besar gula kastor
Cara-cara puding roti:
  • Roti yang dipotong kiub dan dipotong segitiga diletakkkan di dalam bekas yang berlainan
  • Masukkan susu cair ke dalam kedua-dua bekas tadi, sedikit sahaja susu dimasukkan ke dalam bekas roti dipotong segitiga, selebihnya dimasukkan ke dalam bekas roti yang dipotong kiub (tujuannya adalah untuk mengembangkan roti)
  • Cairkan butter dan ketepikan
  • Pukul telur putih dengan gula sehingga kembang
  • Pukul pula kuning telur (tak perlu pukul lama)
  • Campurkan putih dan kuning telur. Masukkan esen vanila dan garam. Gaul sebati
  • Campurkan adunan telur dengan roti yang dipotong kiub.Masukkan butter yang telah dicairkan dan juga kismis. Gaul sebati. Biarkan adunan seketika (5-10 min)
  • Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilanser dengan sedikit butter
  • Akhir sekali, susun roti yang dipotong segitiga yang telah kembang di atas adunan supaya kelihatan cantik selepas dibakar nanti
  • Taburkan kismis dan almond flakes
  • Bakar pada suhu 180 (degree celcius) selama sejam atau sehingga masak
  • Sejukkan dahulu dan sedia untuk dihidangkan bersama sos kastard
Cara-cara sos kastard:
  • Campurkan kesemua bahan di dalam periuk hingga sebati
  • Masak di atas api sederhana sehingga sos pekat
  • Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan bersama puding roti

Saturday, November 5, 2011

SALAM AIDILADHA 1432H


Assalamualaikum WBT buat pengunjung setia Jom Makan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, Selamat Hari Raya Haji & Selamat Hari Raya Korban 1432H untuk kalian semua. Semoga kalian bergembira di samping keluarga tercinta. Apakah erti pengorbanan kepada anda? Adakah ia besar, kecil, bermakna atau tidak? Setiap pengorbanan, tidak kiralah sama ada besar atau kecil ia amat beerti dan memberi maksud yang mendalam. Oleh itu, berkorban la ke arah kebaikan dan semoga pengorbanan kalian itu diberkati dan dirahmati olehNYA. Salam sayang dari saya. Sekian, wasalam.


CHOCOLATE CHEESE LAYERED CAKE

 


 

Bahan-bahan lapis coklat:
Bahan-bahan A:
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan serbuk koko (diayak)
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak/ jagung
  • 1 sudu besar esen vanila
Bahan-bahan B:
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil bicarbonate soda
  • 1 sudu kecil baking powder
Bahan C:
  • 4 biji telur (diasingkan putih dan kuning, dan dipukul sedikit)
Cara-cara lapis coklat:
  • Campurkan kesemua bahan-bahan A ke dalam periuk. Masak di atas api sehingga sebati. Tutup api dan sejukkan sebentar
  • Masukkan bahan-bahan B dan C ke dalam A secara berselang seli. Gaul sebati
  • Bahagikan adunan kepada 4 bahagian yang sama banyak
Bahan-bahan lapis cheese:
  • 250 g cream cheese
  • 60 g gula kastor
  • 25 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar tepung jagung (diayak)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar esen lemon
  • 20 ml air
Cara-cara lapis cheese:
  • Pukul kesemua bahan sehingga kembang dan sebati
  • Bahagikan adunan kepada 4 bahagian
Cara-cara melapis:
  • Panaskan air kukusan
  • Masukkan bahagian pertama lapis coklat ke dalam loyang. Kukus selama lebih kurang 15-20 minit atau sehingga masak
  • Kemudian, lapiskan pula bahagian pertama lapis cheese. Kukus selama lebih kurang 15-20 minit atau sehingga masak
  • Ulangi langkah di atas sehingga habis. Lapisan terakhir, kukus selama 30 min
  • Tutup api. Sejukkan dahulu. Kemudian, bolehlah dihias kek mengikut kreativiti masing-masing
  • Sedia untuk dinikmati

Thursday, November 3, 2011

BIHUN GORENG TANPA TAUGEH


Bahan-bahan:
  • 1/2 paket bihun cap kapal layar (direndam dan ditoskan)
  • 2 biji bawang besar (1 biji dikisar, 1 biji lagi dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • Segenggam udang kering (dicuci, ditos dan dikisar)
  • Sedikit cabai kering (yang telah dikisar)
  • 2 biji telur (1 biji dimasukkan semasa menggoreng bihun, 1 lagi didadar untuk ditabur di atas bihun)
  • Sedikit mix vegetable
  • Sedikit udang (saiz sederhana)
  • 2 tangkai cabai hidup (dihiris)
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit sos cili
  • 1 sudu kecil pati ayam (Tumix)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit bawang goreng
Cara-cara:
  • Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, udang kering dan cabai kering sehingga garing dan naik bau
  • Kemudian, masukkan udang, mix vege, dan telur. Biarkan masak sebentar
  • Dikacau rata dan dimasukkan pula, air asam jawa, sos tiram, sos cili, pati ayam, garam dan sedikit air. Biarkan didih sebentar
  • Akhir sekali, masukkan bihun, bawang yang dihiris dan cabai hidup yang dihiris. Gaul sebati. Apabila air kering dan bihun agak garing, tutup api
  • Sedia untuk dihidangkan bersama bawang goreng dan telur dadar
  • Sedia untuk dinikmati


KARIPAP BULAT


Bahan-bahan doh:
  • 400 g tepung gandum (diayak)
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar butter
  • 1/2 cawan air sejuk (kuantiti mungkin berubah mengikut keadaan doh)
  • Sedikit garam
Bahan-bahan Inti:
  • 1 tin besar sardin (Ayam brand, dilecek bersama sosnya)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 tangkai cabai hidup (dihiris)
  • Sedikit jus limau nipis
  • Sedikit gula dan garam
Cara-cara:
  • Campurkan minyak masak dan butter di dalam periuk. Panaskan kedua-dua bahan ini sebentar (2-3 min)
  • Tuangkan minyak dan butter yang telah dipanaskan tadi ke dalam tepung yang telah dicampurkan garam. Kacau dengan menggunakan senduk hingga sebati
  • Kemudian, barulah dimasukkan air sejuk. Uli sehingga membentuk doh yang tidak melekat di tangan. Jika air kurang, bolehlah ditambah dan jika lebih, bolehlah dikurangkan
  • Rehatkan doh di dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum dicanai
  • Untuk menyediakan inti, masukkan semua bahan inti di dalam periuk. Masak sedikit hingga sos sardin kering. Tutup api dan sejukkan sebentar. Sedia untuk digunakan
  • Keluarkan doh dari peti sejuk, bahagikan doh kepada beberapa bahagian yang sama besar
  • Ambil satu bahagian, dan canaikan sehingga leper (jangan terlalu nipis atau tebal)
  • Terap adunan yang telah dicanai dengan menggunakan acuan bulat
  • Ambil dua bulatan yang telah diterap. Satu bahagian diletakkan inti, dan satu bahagian lagi untuk tutup bahagian yang diletakkan inti tadi
  • Tekan sekelilingnya dan kelim seperti biasa. Buat hingga habis
  • Panaskan minyak di dalam kuali, goreng dengan api perlahan. Setelah garing keemasan bolehlah diangkat dan ditoskan
  • Sedia untuk dinikmati


Wednesday, November 2, 2011

IKAN BAKAR


Bahan-bahan:
  • Ikan temenung/ kembung atau ikan lain (dicuci dan dilumur dengan sedikit kunyit dan garam)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • Sedikit cabai kering (yang telah dikisar)
  • Sedikit susu cair
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis
Cara-cara:
  • Panaskan kuali, tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau dan garing
  • Kemudian, masukkan cabai kering, kacau dan tumis sehingga garing
  • Masukkan pula sedikit susu cair, garam dan gula. Kacau rata
  • Tutup api dan sejukkan sebentar
  • Letakkan ikan yang telah dilumur kunyit dan garam di atas loyang yang telah digris dengan sedikit minyak
  • Letakkan sambal yang telah disediakan tadi di atas ikan
  • Bakar api dengan menggunakan api grill, pada suhu 180 (degree celcius) selama 30 min atau sehingga masak
  • Setelah masak, sapukan lagi sambal di atas ikan
  • Sedia untuk dinikmati