Tuesday, May 10, 2011

LAICI PERMATA HATI


Bahan-bahan (agar-agar merah):
  • 10 g serbuk agar-agar (cap layang-layang)
  • 750 ml air
  • 3/4 - 1 cawan gula
  • Perwarna merah
  • Sehelai daun pandan
Bahan-bahan (agar-agar laici):
  • 2 paket serbuk agar-agar (10 g, cap layang-layang)
  • 2 tin laici (asingkan isi dengan sirap; isi laici dikisar sederhana halus)
  • 1600 ml air (kesemua sirap laici diambil + air kosong)
  • Gula secukup rasa
  • Sehelai daun pandan
Cara-cara (agar-agar merah):
  • Campurkan serbuk agar-agar dengan air. Masak di atas api
  • Setelah mendidih, masukkan gula, daun pandan dan pewarna merah
  • Apabila gula larut, tapis ke dalam bekas
  • Biarkan beku
  • Kemudian, dipotong dadu
Cara-cara (agar-agar laici):
  • Campurkan serbuk agar-agar, sirap laici, air kosong dan daun pandan. Masak di atas api hingga mendidih
  • Kemudian masukkan gula dan isi laici yang telah dikisar. Kacau hingga rata
  • Tutup api dan ketepikan. Biarkan sejuk sebentar
  • Sediakan bekas. Masukkan agar-agar merah yang telah dipotong dadu, diikuti dengan agar-agar laici. Buat hingga habis
  • Sejukkan, dan sedia untuk dinikmati

Thursday, May 5, 2011

PULUT DURIAN


Bahan-bahan:
  • Pulut
  • Santan pekat (dicampur dengan sedikit garam)
  • Sedikit gula
  • Durian
Cara-cara:
  • Tanak pulut sehingga masak
  • Cara menghidang: Bubuh sedikit pulut di dalam pinggan. Masukkan juga santan, gula dan durian. Gaul kesemua bahan, sedia untuk dinikmati

Monday, May 2, 2011

NASI ULAM


Bahan-bahan:

  • Nasi putih yang telah disejukkan terlebih dahulu (pastikan nasi tidak berketul atau lembik)
  • Ikan kembung/ temenung bakar (ambik isinya shj)
  • Udang kering (digoreng tanpa minyak dan dikisar)
  • Ikan masin dibakar (hancurkan dan dikisar bersama udang kering)
  • Kelapa parut yang digoreng hingga keperangan
  • Bawang merah/bawang besar (dihiris nipis dan digoreng tanpa minyak)
  • Serai (dihiris nipis dan digoreng tanpa minyak)
  • Halia (dihiris nipis dan digoreng tanpa minyak)
  • Ulam-ulaman yang dihiris halus (selom, kaduk, gajus, pegaga, raja, beluntas, bunga kantan, dan lain2)
  • Sedikit serbuk lada
  • Sedikit garam (kalau xcukup masin)
Cara-cara:
  • Gaulkan semua bahan dengan nasi
  • Enak dimakan bersama ikan kembung salut tepung, sambal tumis, daging bakar, ayam bakar, telur masin, ayam msk merah…dan apa2 lauk yang dirasakan sesuai..

Wednesday, April 27, 2011

KUAY TEAW KUNG FU


Bahan-bahan:
  • Kuay teaw
  • 1 kiub pati ayam (maggi)
  • Fish cake/ fish ball/ udang/ ayam
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 5 tangkai cili api (diketuk)
  • Sayur-sayuran (jagung, cendawan, pak choy, carrot, daun sup dan lain2)
  • Sedikit air
  • Telur (kuantiti mengikut kuantiti kuay teaw)
  • Sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah
  • Sedikit minyak
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
  • Pecahkan telur, pukul sedikit. Gaulkan telur dengan kuay teaw
  • Panaskan minyak di dalam pan. Goreng kuay teaw yang telah digaul dengan telur hingga garing
  • Selepas garing, angkat dan toskan di dalam pinggan
  • Di dalam periuk lain, panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau
  • Setelah garing, masukkan air, kiub pati ayam, dan fish cake/ fish ball/ udang/ ayam
  • Biarkan mendidih sekejap
  • Kemudian, masukkan semua sayur, cili api, gula dan garam. Gaul sebati
  • Akhir sekali, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau. Biarkan mendidih
  • Tutup api, tuangkan kuah ke atas kuay teaw yang bersalut telur tadi. Sedia untuk dihidangkan. Taburkan bawang goreng dan daun sup. Sedia untuk dinikmati

KUAY TEAW SUP SAYUR


Bahan-bahan:
  • Kuay teaw
  • 1 kiub pati ayam (maggi)
  • Fish cake/ fish ball/ udang/ ayam
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 5 tangkai cili api (diketuk)
  • Sayur-sayuran (jagung, cendawan, pak choy, carrot, daun sup dan lain2)
  • Sedikit air
  • 2 biji telur
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
  • Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau
  • Masukkan air, kiub pati ayam, dan fish cake/ fish ball/ udang/ ayam
  • Biarkan mendidih sekejap
  • Kemudian, masukkan semua sayur dan cili api. Gaul sebati
  • Pecahkan telur, biarkan sebentar. Kemudian, kacau
  • Akhir sekali, masukkan kuay teaw, gula dan garam. Biarkan mendidih
  • Tutup api, sedia untuk dihidangkan. Taburkan bawang goreng dan daun sup. Sedia untuk dinikmati

Saturday, April 23, 2011

DAGING DENDENG BERLADO


Bahan-bahan:
  • 1 kg daging lembu tanpa lemak
  • 2 inci halia (diketuk)
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 2 cawan air
  • garam secukup rasa
Bahan-bahan (perap):
  • Sedikit kicap masin
  • Sedikit lada hitam
Bahan-bahan (dikisar):
  • 10 tangkai cili kering
  • 15 tangkai cili merah
  • 10 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • Gula merah (kuantiti mengikut citarasa)
  • Sedikit air asam jawa
  • 1 cm halia
Cara-cara:
  • Daging dibersihkan, kemudian digaulkan dengan sedikit garam dan direbus bersama serai dan halia hingga empuk/lembut
  • Angkat daging dan toskan. Hiris daging nipis2 dan lebar
  • Gaulkan daging dengan sedikit kicap masin dan lada hitam. Perap selama 30 min
  • Kemudian digoreng hingga garing dan angkat
  • Tumbuk daging di dalam lesung jadi nipis supaya lebih lembut (kalau daging dah lembut, abaikan step ini)
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan naik minyak
  • Biarkan sedikit pekat dan masukkan daging dan gaul hingga rata dan adunan agak kering
  • Sesuaikan rasa dan angkat
  • Sedia untuk dinikmati

Wednesday, April 20, 2011

UDANG ALA TOMYAM


Bahan-bahan:
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • Halia sebesar ibu jari (dikisar)
  • Sedikit belacan (dikisar)
  • 1 batang serai dititik
  • Cabai kering yang telah dikisar (kuantiti mengikut citarasa)
  • Sedikit pes tomyam (Peace Brand)
  • Beberapa helai daun kari
  • Beberapa helai daun limau purut
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air asam jawa
  • Udang yang telah dicuci (saiz sederhana)
Cara-cara:
  • Panaskan minyak masak, tumis bahan-bahan ynag telah dikisar sehingga naik bau
  • Kemudian, masukkan cabai kering dan pes tomyam. Biarkan garing sebentar
  • Masukkan daun kari, serai dan daun limau purut
  • Akhir sekali, masukkan air asam jawa, garam, gula, sedikit air dan udang
  • Kacau rata dan biarkan mendidih
  • Tutup api, dan sedia untuk dihidangkan