Monday, October 31, 2011

AYAM MASAK TOMYAM


Bahan-bahan (tumis):
  • 2 ulas bawang besar (seulas dikisar, seulas lagi dihiris seperti wedges)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 3 batang serai (1 batang dikisar, 2 batang lagi diketuk)
  • 2 sudu besar cabai kering yang telah dikisar
  • 1 paket perencah tomyam (Maggi)
  • Minyak untuk menumis
Bahan-bahan (perap):
  • Isi ayam (dihiris sederhana)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan lain:
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • Sedikit susu segar/ susu cair
  • Sedikit air
  • Daun bawang dan daun sup (dipotong kasar)
  • 6 tangkai cili api merah (dipotong kasar)
  • 3 helai daun limau purut (dikoyak sedikit)
  • 1 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
  • Perapkan ayam dengan bahan-bahan perap selama 30 min
  • Panaskan minyak, goreng ayam yang telah diperap tadi sehingga garing. Angkat dan toskan
  • Di dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tumisan sehingga garing dan naik bau
  • Kemudian, masukkan ayam yang telah digoreng, sos tiram, sos cili, susu segar dan sedikit air. Gaul sebati dan biarkan sedikit kering
  • Akhir sekali, masukkan daun sup, daun bawang, cili api, daun limau purut, jus limau nipis, garam dan gula. Kacau rata
  • Tutup api dan sedia untuk dinikmati



No comments:

Post a Comment