Monday, October 17, 2011

KEK LAPIS PRUNE

Bahan-bahan:
  • 10 biji kuning telur 
  • 2 1/2 biji putih telur
  • 5.5 oz gula kastor
  • 8 oz butter
  • 75 g tepung Hong Kong
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 280 g prune (digunting dan dileper)
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 1 sudu kecil vanila
Cara-cara:
  • Pukul butter dan gula hingga kembang
  • Kemudian, masukkan telur, esen vanila dan ovalette. Pukul lagi hingga sebati
  • Di dalam bekas lain, diayak tepung bersama baking powder
  • Masukkan tepung ke dalam adunan butter sedikit demi sedikit dan dikaup balik. Buat sehingga habis
  • Kemudian, masukkan 2 senduk kecil adunan ke dalam loyang yang telah dilapisi kertas minyak. Bakar pada suhu 180 (degree celcius) dengan menggunakan api grill (atas sahaja) selama 15-20 minit atau sehingga masak
  • Susun buah prune di setiap lapisan genap. Bakar selapis demi selapis sehingga habis. Untuk lapisan terakhir, bakar selama 15 minit dengan menggunakan api atas dan bawah
  • Sejukkan dahulu dan sedia untuk dihidangkan




No comments:

Post a Comment