Friday, October 29, 2010

BANANA CARAMEL POUNDCAKE


Bahan-bahan:
  • 120 g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 65 g gula
  • 50 ml minyak masak
  • 2 biji telur
  • 2 biji pisang emas
  • 30 g gula, 1 sudu besar air
  • 2 sudu kecil air
Cara-cara:
  • Ayak tepung dan baking powder
  • Potong pisang lebih kurang 1 cm panjang. Panaskan 30 g gula dengan 1 sudu besar air sehingga perang. Padamkan api. Dengan perlahan-lahan masukkan 2 sudu kecil air dan pisang yg telah dipotong. Sejukkan
  • Masukkan telur, 65 g gula, dan minyak masak ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Isikan fry pan dengan air, panaskan. Bila air dah panas, letakkan mangkuk tadi. Kacau sehingga gula cair
  • Masukkan tepung ke dalam campuran telur, gula dan minyak. Kacau sehingga sebati
  • Kemudian campurkan pula karamel. Kacau dengan perlahan. Biar jadi bercorak-corak. Tuangkan ke dalam bekas poundcake yang telah dilanser dengan sedikit butter
  • Bakar pada suhu 180 (degree celsius) selama 35 minit
  • Sejukkan dan sedia untuk dinikmati



No comments:

Post a Comment