Friday, October 8, 2010

PUDING JAGUNG

Bahan-bahan:
  • 2 tin jagung (800 g; cap ayam brand)
  • 1 paket tepung kastard (300 g; cap bird)
  • 1 tin susu cair (ideal)
  • 2 tin air (sukatan menggunakan tin susu cair)
  • 1 tin gula kastor (sukatan menggunakan tin susu cair) + 2 sudu makan gula
  • 3 tin santan (sukatan menggunakan tin susu cair)
  • Sedikit garam (mengikut citarasa masing2)
  • 2 helai daun pandan disimpul
Cara-cara:
  • Campurkan kesemua bahan kecuali jagung, blend hingga sebati
  • Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk, kemudian barulah dicampurkan jagung
  • Masukkan daun pandan, kacau adunan sehingga masak, pekat dan kilat
  • Tutup api, tuangkan ke dalam bekas, sejukkan sebentar dan selepas itu bolehlah disimpan di dalam peti ais
  • Sediakan untuk dihidangkan, enak dimakan ketika sejuk

No comments:

Post a Comment