Saturday, October 30, 2010

PUDING KASTARD KOKTEL

Bahan-bahan:
  • 1 paket serbuk agar-agar (10 g)
  • 2 biji telur
  • 4 cawan air
  • 1/2 tin susu cair (ideal)
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 - 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 tin fruit cocktail (jenama Hosen)
Cara-cara:
  • Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut
  • Sementara itu, pukul telur dan campurkan tepung kastard. Kacau rata dan ketepikan
  • Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih
  • Masukkan campuran telur dan tepung kastard diikuti fruit cocktail dan kacau sebentar
  • Tutup api. Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu
  • Sejukkan dan sedia untuk dinikmati




No comments:

Post a Comment