Thursday, October 21, 2010

MOIST ORANGE TWISTER CAKE


Bahan-bahan:
  • 195 g butter
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 3 biji telur gred A (asingkan kuning dan putih)
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri (diayak bersama bikarbonat soda)
  • 1/4 sudu teh bikarbonat soda
  • 1/3 cawan Twister Orange Juice
  • 1/4 sudu teh perisa oren
Cara-cara:
  • Pukul butter dan gula sehingga kembang
  • Apabila sudah kembang, masukkan kuning telur satu persatu
  • Teruskan pukul dan dimasukkan perisa oren
  • Di dalam bekas yang lain pukul putih telur sehingga gebu dan ringan
  • Masukkan putih telur di dalam adunan butter dan gula, teruskan pukul hingga sebati
  • Akhir sekali, masukkan tepung naik sendiri yang sudah diayak bersama bikarbonat soda dan jus oren
  • Gaul sebati, masukkan ke dalam dulang pembakaryang telah dilenser dengan sedikit butter, bakar pada suhu 180 degree celcius selama 40-45 min
  • Sediakan untuk dihidangkan. Boleh taburkan gula icing di atas kek sebagai hiasan

Jom Kita Makan,

No comments:

Post a Comment