Saturday, October 30, 2010

SOTO AYAM

Bahan-bahan (kuah soto):
  • 1.5 kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan
  • 3 batang serai, dititik
  • 1 inci lengkuas, dititik
  • 1 pokok daun sup dan daun bawang, dikerat kasar2
  • 1 genggam bawang goreng
  • Air secukupnya (anggaran 5 - 6 liter)
  • 2 camca besar rempah sup (Adabi)
  • 1 1/2 camca besar rempah kurma (Adabi)
  • 2 kiub pati ayam (maggi)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 helai daun pandan yang disimpul
  • 1 biji bawang besar*
  • 8 biji bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1.5 inci halia*
  • 4 biji buah keras*
  • 1/4 inci kunyit hidup*
  • 1 camca besar lada hitam biji*(*dikisar halus)
Bahan-bahan (tumis):
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • Minyak masak
Bahan-bahan lain:
  • Nasi impit, didadu
  • Begedel daging
  • Taugeh dicelur sekejap
  • Cili kicap (15-16 batang cili api, 2 ulas bawang putih, 1/2 cawan kicap manis, kesemua bahan dikisar)
  • Soo hoon goreng
  • Kacang tanah goreng
  • Ayam bahagian dada yang dicarik halus (diperap dengan halia, kunyit hidup, garam dan digoreng garing)
  • Tauhu digoreng dan dihiris
  • Hirisan daun sup
  • Hirisan daun bawang
  • Bawang goreng
Cara-cara (untuk kuah soto):
  • Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum
  • Masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis hingga wangi
  • Rempah sup dan kurma, disatukan dan bancuh dgn sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam periuk tadi, tumis hingga rempah sedikit garing
  • Masukkan kiub pati ayam dan daun pandan
  • Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup, kacau rata dan biar mendidih
  • Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah garam dan gula secukup rasa

Cara-cara (menghidang):
  • Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk, tuang kuah. Letak begedel, dan bahan2 lain. Nikmati soto dengan sambal kicap




No comments:

Post a Comment