Sunday, May 29, 2011

AYAM KICAP BEREMPAH

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam (dipotong dan digoreng 1/2 masak)
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos BBQ (Heinz)
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sk lada hitam (ditumbuk halus)
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1sk rempah kurma
  • Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
  • Hirisan daun sup secukupnya
  • Sedikit gula dan garam
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit air
  • Minyak masak

Bahan-bahan Kisar :
  • 2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas

Cara-cara:
  • Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian, masukkan serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, rempah kurma, serbuk cili dan serbuk lada hitam yang telah dibancuh dengan sedikit air. Goreng hingga garing dan pecah minyak
  • Masukkan air asam jawa, kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan sos BBQ. Barulah dimasukkan ayam yang telah digoreng 1/2 masak tadi. Jangan lupa tambahkan air secukupnya. Kacau hingga mendidih.
  • Akhir sekali masukkan garam, gula dan daun sup. Kacau lagi hingga ayam masak sempurna
  • Tutup api. Sedia untuk dihidangkan


No comments:

Post a Comment