Sunday, May 29, 2011

CUCUR UDANG


Bahan-bahan (cucur udang):
  • Tepung gandum secukupnya
  • Sedikit tepung beras
  • Udang
  • Taugeh
  • Kucai (dihiris)
  • Daun bawang (dihiris sederhana)
  • Daun sup (dihiris sederhana)
  • 1-2 biji bawang besar (dihiris)
  • Sedikit kunyit
  • Sedikit baking powder
  • Garam secukup rasa
  • Air
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • Timun*
  • Telur yang telah digoreng*
  • Ubi kentang yang telah digoreng*
  • *Dimakan bersama cucur udang
Bahan-bahan (sos):
  • 1 ulas bawang putih dikisar
  • Cabai kering yang telah dimesin
  • Sedikit sos tomato
  • Sedikit sos cili
  • Sedikit cuka
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air
  • Sedikit bawang goreng
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara (cucur udang):
  • Campurkan kesemua bahan kecuali timun, telur dan ubi kentang. Gaul sebati
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Sendukan adunan dan goreng sehingga garing
  • Potong kecil-kecil. Hidangkan bersama timun, telur dan ubi kentang
  • Sedia untuk dinikmati bersama sos
Cara-cara (sos):
  • Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan cabai kering sehingga garing
  • Kemudian, masukkan sos tomato, sos cili, cuka, garam, gula dan sedikit air. Biarkan mendidih dan sedikit pekat. Tutup api
  • Taburkan sedikit bawang goreng. Kacau rata
  • Sedia untuk dimakan dengan cucur udang


No comments:

Post a Comment