Tuesday, May 10, 2011

SAMBAL TERUNG


Bahan-bahan:
  • 2 batang terung (dibelah dua, dan dipotong sederhana besar)
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • Sedikit belacan*
  • Sedikit ikan bilis atau udang kering*
  • Beberapa tangkai cabai kering (kuantiti mengikut citarasa)*
  • Sedikit sos tomato
  • Sedikit sos tomato
  • Sedikit sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak
  • *Kesemua bahan dikisar
Cara-cara:
  • Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng terung terlebih dahulu sehingga keperangan. Angkat dan tos. Buat sampai habis
  • Kemudian, dengan menggunakan minyak yang sama (jika minyak terlalu banyak, buang sedikit minyak terlebih dahulu), tumis bahan-bahan yang telah dikisar hingga naik bau
  • Setelah garing, masukkan sos cili, tomato, tiram, garam dan gula. Kacau rata
  • Akhir sekali, masukkan terung yang telah digoreng tadi, kacau hingga sebati. Biarkan sambal sedikit kering dan garing
  • Tutup api. Sedia untuk dihidangkan

No comments:

Post a Comment