Tuesday, May 17, 2011

PUDING KUKUS KOKTAIL

Bahan-bahan:
  • 37.8 gm agar-agar panjang (strips agar-agar)

Bancuhan Telur:
  • 3 cawan air
  • 1 cawan sirap cocktail (dari 1 tin fruit cocktail diasingkan sirap dan buahnya)
  • 1 tin susu cair ideal / susu segar
  • 1 tin (505 g) susu pekat manis
  • 6 biji telur gred A dipukul dahulu
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan Taburan:
  • 1/2 tin buah cocktail
  • 1 cawan mixed fruits (ceri merah dan hijau, kismis, peach)

Cara-cara:
  • Rendam agar-agar panjang semalaman. Toskan, tanpa memotong agar-agar tadi
  • Di dalam bekas lain, satukan semua bahan bancuhan telur, pukul ringan hingga rata. Tapis
  • Basahkan loyang, penuhi dasar loyang dengan agar-agar panjang. Kemudian tabur dengan sedikit bahan taburan hingga rata. Tuang pula bancuhan telur hingga menutupi agar-agar dan buah tadi
  • Ulangi melapis berselang seli agar-agar, buah dan bancuhan telur hingga habis. Lapisan terakhir tabur dengan buah-buahan diatasnya
  • Kukus sekurang-kurangnya 1 1/2 - 2 jam. Kukus sekejap akan menyebabkan agar-agar tidak larut
  • Angkat dan biarkan agar-agar menjadi suam baru dimasukkan ke dalam peti sejuk
  • Sedia untuk dinikmati

No comments:

Post a Comment