Tuesday, May 24, 2011

TALAM BERLAUK

Bahan-bahan (talam):
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 3 cawan santan
  • 1 sudu kecil garam
Bahan-bahan (tabur):
  • Cili hidup (dihiris halus)
  • Daun bawang dan daun sup (dihiris halus)
  • Bawang goreng
  • Udang kering (dibasuh, ditos, digoreng hingga garing dan dimesin halus)
  • Udang hidup (digoreng dengan sedikit butter)
Bahan-bahan (sos):
  • 1 ulas bawang putih (dimesin halus)
  • Sedikit cabai kering yang telah dimesin
  • Sedikit cuka
  • Sedikit sos cili
  • Sedikit sos tiram
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Sedikit air
  • Minyak masak untuk menumis
Cara-cara (talam):
  • Campurkan kesemua bahan, dikisar sehingga sebati. Tapis
  • Masukkan ke dalam bekas, kukus selama 30 min
  • Sejukkan sebentar
  • Tabur bahan-bahan untuk taburan
  • Sedia untuk dinikmati bersama sos
Cara-cara (sos):
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih bersama cabai kering hingga garing
  • Kemudian, masukkan cuka, sos cili, sos tiram, sedikit air, garam dan gula. Kacau sebati
  • Apabila sos mendidih dan agak pekat, tutup api
  • Sedia untuk dihidangkan



No comments:

Post a Comment