Friday, March 23, 2012

CHEDDAR CHEESE MUFFINS


Bahan-bahan:
  • 90 g butter
  • 70 g gula kastor
  • 110 g tepung naik sendiri (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung (diayak)
  • 1 biji telur (gred A)
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 50 ml air
  • 1/2 cawan parutan keju cheddar
Cara-cara:
  • Diayak tepung bersama susu tepung. Ketepikan
  • Dipukul butter dan gula hingga kembang
  • Kemudian, masukkan telur dan esen vanila, pukul lagi
  • Masukkan adunan tepung dan air secara berselang seli ke dalam adunan butter. Kaup balik hingga sebati
  • Akhir sekali, masukkan separuh parutan keju ke dalam adunan. Kaup balik
  • Sudukan adunan ke dalam acuan muffin hingga 3/4 penuh
  • Taburkan parutan keju
  • Bakar pada suhu 180 (degree celcius) selama 30 minit atau sehingga muffin masak keperangan
  • Sedia untuk dinikmati 

 

No comments:

Post a Comment