Thursday, March 15, 2012

PEACH YOGURT CHEESECAKE


 Bahan-bahan (base):
  • 200 g biskut digestive (dihancurkan)
  • 100 g butter (dicairkan)
Cara-cara (base):
  • Campurkan kedua-dua bahan, gaul sebati
  • Masukkan ke dalam loyang, tekan hingga mampat
  • Sejukkan di dalam peti sejuk selama 30-60 min
Bahan-bahan (filling):
  • 500 g cream cheese
  • 160 g gula kastor
  • 20 g gelatin
  • 50 ml air
  • 200 ml sirap peach
  • Hirisan buah peach (kuantiti bergantung pada individu)
  • 280 g yogurt asli
Cara-cara (filling):
  • Larutkan gelatin di dalam air
  • Panaskan sirap peach sehingga suam (jangan sampai mendidih). Tutup api dan masukkan gelatin. Kacau hingga keseluruhan gelatin larut. Ketepikan dan sejukkan
  • Pukul cream cheese dan gula hingga kembang. Masukkan pula yogurt. Pukul lagi hingga sebati
  • Masukkan larutan sirap peach ke dalam adunan cream cheese. Kaup balik hingga sebati
  • Akhir sekali masukkan hirisan peach. Gaul rata
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang yang dilapisi lapisan biskut tadi. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 5 jam
  • Sedia untuk dinikmati
 

 

 

No comments:

Post a Comment