Tuesday, March 6, 2012

PANDAN LAYER CAKE II


Bahan-bahan (kek chiffon):
  • 150 g tepung kek
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 4 biji kuning telur
  • 70 g gula kastor
  • 1/4 sudu kecil garam 
  • 85 ml corn oil
  • 115 ml jus pandan (10 helai daun pandan dikisar dengan 150 ml air)
  • 1 sudu kecil perisa pandan
  • 4 biji putih telur
  • 70 g gula kastor
  • 1/2 sudu kecil cream of tartar
Cara-cara (kek chiffon):
  • Diayak tepung dengan baking powder. Ketepikan
  • Dipukul kuning telur dengan 70 g gula dan garam sehingga berkrim. Kemudian, masukkan corn oil, jus pandan dan perisa pandan. Kaup balik hingga sebati
  • Di dalam bekas yang sama, masukkan adunan tepung ke dalam adunan kuning telur, kaup balik hingga rata
  • Di dalam bekas lain, pukul putih telur, 70 g gula dan cream of tartar sehingga kental (soft peak)
  • Kemudian, masukkan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur sedikit demi sedikit dan kaup balik hingga sebati
  • Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 175 (degree celcius) selama 40-45 min
  • Setelah masak, terbalikkan loyang dan biarkan sejuk. Kemudian barulah dikeluarkan kek dari loyang
Bahan-bahan (kastard):
  • 1050 g santan
  • 225 g gula
  • 2 sudu kecil serbuk agar-agar
  • 1 sudu kecil perisa pandan
  • 100 g tepung hoen kwee (warna hijau)
  • 75 ml jus pandan (4 helai pandan dikisar dengan 75 ml air)
  • Secubit garam
Cara-cara (kastard):
  • Campur kesemua bahan. Kemudian dikisar
  • Masak di atas api sehingga pekat. Ketepi dan sejukkan
Cara-cara keseluruhan:
  • Dipotong mendatar kek chiffon menjadi 2 lapisan
  • Lapisan pertama dimasukkan ke dalam loyang
  • Masukkan 1/2 daripada adunan kastard ke atas lapisan kek pertama dan ratakan
  • Lapiskan pula lapisan kek kedua. Ditekan sedikit
  • Kemudian, masukkan 1/2 lagi adunan kastard dan ratakan
  • Sejukkan di dalam peti sejuk
  • Sedia untuk dinikmati


No comments:

Post a Comment