Thursday, March 8, 2012

HOMEMADE CHOCOLATE ICE CREAM


Bahan-bahan:
  • 5 biji kuning telur
  • 250 g coklat masakan (semisweet choc, Hershey)
  • 375 ml susu penuh krim
  • 375 ml non dairy whipping cream
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
  • Pukul kuning telur sehingga berkrim. Ketepikan
  • Panaskan susu bersama coklat masakan di dalam periuk dengan api perlahan sehingga coklat cair
  • Kemudian, masukkan adunan kuning telur ke dalam adunan susu. Masukkan juga esen vanila. Kacau sehingga agak pekat (menjadi seperti kastard dan pastikan adunan tidak mendidih). Tutup api dan sejukkan sebentar 
  • Pukul whipping cream sehingga kental (soft peak)
  • Campurkan adunan kastard ke dalam whipping cream. Kaup balik hingga sebati
  • Masukkan ke dalam bekas dan sejukkan di dalam peti ais (overnight)
  • Sedia untuk dinikmati


No comments:

Post a Comment