Wednesday, March 7, 2012

SIAKAP TIGA RASA


Bahan-bahan:
  • Seekor ikan siakap (dikelar dan dilumur dengan garam, kunyit, sedikit tepung jagung dan serbuk cabai)
  • 2 biji bawang putih (dicincang halus)
  • 2 biji bawang besar (dicincang halus)
  • 2 tangkai cabai hidup (dicincang halus)
  • 2cm halia (dihiris halus)
  • 3 tangkai serai (diketuk)
  • 8 biji cili api (diketuk)
  • 2 biji tomato (dipotong dadu)
  • 2 kerat nenas (dipotong dadu)
  • 2 sudu cili boh
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos ikan
  • 2 biji limau kasturi (diambil jusnya)
  • Sedikit daun ketumbar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Cara-cara:
  • Digoreng ikan sehingga garing. Angkat dan toskan
  • Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang dan goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah, halia dan serai, goreng lagi sehingga naik bau
  • Masukkan cabai hidup yang telah dicincang tadi dan goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas
  • Masukkan tomato, sos tiram, sos tomato, sos ikan, jus limau kasturi, gula dan garam. Kacau sebati
  • Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar


No comments:

Post a Comment