Saturday, March 17, 2012

KEPAK AYAM MADU


 Bahan-bahan (perap):
  • 10 ketul kepak ayam (dilumur dengan sedikit garam)
  • 6 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 sudu besar madu
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam
  • 1 sudu kecil lada sulah
Cara-cara (perap dan panggang):
  • Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati. Perap semalaman atau 3-4 jam
  • Susun ayam di dalam loyang yang dilapisi dengan aluminium foil
  • Bakar ayam pada suhu 200 (degree celcius) selama 1 jam atau sehingga ayam masak dan garing keperangan
  • Sedia untuk dinikmati bersama sos
Bahan-bahan (sos):
  • Lebihan bahan perapan ayam
  • Sedikit cabai kering kisar
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit madu 
  • Sedikit air
  • Sedikit cuka
  • Sedikit gula
Cara-cara (sos):
  • Panaskan minyak masak, tumis cabai kering hingga garing
  • Kemudian, masukkan lebihan bahan perapan ayam
  • Masukkan kesemua bahan lain, didihkan hingga sos agak pekat. Tutup api
  • Sedia dihidangkan bersama ayam
 

 

No comments:

Post a Comment