Tuesday, March 13, 2012

COFFEE CHEESE MOUSSE CAKE

Bahan-bahan (kek span coklat):
  • 60 g tepung kek (diayak)
  • 2 1/4 sudu besar serbuk koko (diayak)
  • 55g butter (dicairkan)
  • 3 biji telur (diasingkan putih dan kuning)
  • 11/4 sudu besar gula kastor
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 100 g gula kastor
Cara-cara (kek span coklat):
  • Diayak bersama tepung kek dan serbuk koko di dalam satu bekas. Ketepikan
  • Dipukul kuning telur bersama 1 1/4 sudu gula sehingga berkrim. Masukkan esen vanila dan kacau sebati. Ketepikan
  • Di dalam bekas lain, pukul putih telur bersama 100 g gula hingga kental (soft peak)
  • Campurkan bahan yang diayak dan putih telur ke dalam kuning telur. Kaup balik hingga sebati. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicair. Kacau rata
  • Masukkan ke dalam loyang 9'', bakar pada suhu 180 (degree celcius) selama 25-30 minit
Bahan-bahan (mousse):
  • 250 g cream cheese
  • 3 sudu besar gula kastor
  • 20 ml air
  • 2 sudu kecil gelatin
  • 50 ml susu segar
  • 1 sudu kecil coffee paste
  • Hirisan pisang (untuk ditabur)
Cara-cara (mousse):
  • Larutkan gelatin di dalam air. Biarkan selama 10 min
  • Panaskan susu hingga suam (jangan sampai mendidih). Tutup api dan masukkan gelatin. Kacau hingga gelatin larut. Masukkan coffee paste dan kacau. Sejukkan sebentar
  • Pukul cream cheeese dengan gula hingga kembang. Ketepikan
  • Campurkan adunan susu dan cream cheese. Kaup balik hingga sebati
Bahan-bahan (gris pisang):
  • 200 ml puri pisang
  • 20 ml air 
  • 2 sudu kecil gelatin
Cara-cara (glis pisang):
  • Larutkan gelatin di dalam air. Biarkan selama 10 min
  • Panaskan puri pisang hingga suam (jangan sampai mendidih). Masukkan gelatin dan kacau hingga gelatin larut. Sejukkan
Cara-cara (keseluruhan):
  • Dipotong kek secara mendatar menjadi 2 keping
  • Diambil 1 keping dan dimasukkan ke dalam loyang
  • Dituang separuh adunan mousse ke atas kek dan disusun dengan hirisan pisang
  • Lapiskan dengan sekeping kek lagi
  • Dituang separauh lagi adunan mousse
  • Sejukkan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 2 jam
  • Kemudian, tuangkan glis pisang di atas kek dan sejukkan lagi selama 2 jam
  • Sedia untuk dinikmati

 

No comments:

Post a Comment