Sunday, March 4, 2012

MANGO CHEESE MOUSSE CAKE



Bahan-bahan (kek span):
  • 50 g tepung kek (diayak)
  • 35g butter
  • 2 biji telur (diasing putih dan kuning)
  • 2 sudu kecil gula kastor
  • 1/4 sudu kecil esen vanila
  • 50 g gula kastor
Cara-cara (kek span):
  • Dicairkan butter dan sejukkan
  • Pukul kuning telur, 2 sudu kecil gula dan esen vanila sehingga berkrim
  • Di dalam bekas lain, dipukul pula putih telur dan 50 g gula sehingga kental (soft peak)
  • Campurkan adunan butter, kuning telur dan putih telur. Kaup balik sehingga sebati
  • Masukkan adunan ke dalam loyang 18 cm (7 in) dan bakar pada suhu 180 (degree celcius) selama 20-25 min
  • Setelah masak, sejukkan dulu sebelum dikeluarkan dari loyang
Bahan-bahan (sirap gula):
  • 100 g gula kastor
  • 250 ml air
Cara-cara (sirap gula):
  • Didihkan gula dan air di dalam periuk dan kacau sehingga gula larut. Tutup api dan sejukkan sepenuhnya
Bahan-bahan (mango cheese mousse):
  • 1 biji mangga masak (didadu)
  • 1 1/4 sudu besar gelatin
  • 3 sudu besar air
  • 185 g cream cheese
  • 45 g gula kastor
  • 165 g puri mangga
  • 110 ml whipping cream
Cara-cara (mango cheese mousse):
  • Rendamkan gelatin di dalam air. Biarkan 10 min, gelatin akan kembang
  • Panaskan puri mangga dengan api perlahan (jangan sampai mendidih). Setelah puri agak-agak panas, masukkan gelatin. Tutup api dan kacau sehingga gelatin larut. Ketepikan dan sejukkan sebentar
  • Pukul whipping cream sehingga kental di dalam bekas berasingan
  • Masukkan
  • Dipukul cream cheese dengan gula kastor sehingga kembang
  • Campurkan puri, cream cheese dan whipping cream. Kaup balik sehingga sebati
Bahan-bahan (glis mangga):
  • 1/2 sudu besar gelatin
  • 65 ml air
  • 70 g puri mangga
Cara-cara (glis mangga):
  • Larutkan gelatin di dalam air. Biarkan 10 min, gelatin akan kembang
  • Panaskan puri sehingga sederhana panas (jangan sampai mendidih). Tutup api dan masukkan gelatin. Kacau sehingga gelatin larut. Ketepikan dan sejukkan
Cara-cara (keseluruhan):
  • Dipotong kek span secara mendatar untuk mendapatkan 2 lapis kek
  • Masukkan selapis kek ke dalam loyang 18 cm (7 in). Disapukan sirap gula ke permukaan kek
  • Masukkan 1/3 adunan mousse ke atas kek dan ratakan. Taburkan mangga yang di dadu
  • Kemudian, masukkan lagi 1/3 adunan mousse dan ratakan
  • Letakan selapis lagi kek span. Disapu sirap gula ke permukaan kek
  • Masukkan 1/3 adunan mousse
  • Sejukkan kek di dalam peti sejuk selama lebih kurang 2 jam
  • Setelah 2 jam, keluarkan kek dan tuang glis mangga yang telah disediakan dan disejukkan lagi di dalam peti sejuk
  • Sedia untuk dinikmati


No comments:

Post a Comment