Friday, November 5, 2010

BENGKANG SUJI @ SEMOLINA


Bahan-bahan:
  • 180-200 g gula kastor
  • 5 biji telur
  • 250 g tepung suji
  • 300 ml santan
  • 100 ml susu cair
  • 6 helai daun pandan, hiris halus & dikisar dengan 100 ml air untuk jus pandan
  • 600 ml air
  • 1 sudu teh garam
  • 140 g butter
  • 50 g tepung gandum
  • 1 sudu teh vanila
Cara-cara:
  • Lnaser loyang dengan sedikit butter
  • Pukul gula dan telur hingga sebati
  • Tuang adunan telur ke dalam kuali, masukkan suji, susu cair, santan, jus pandan, garam dan air
  • Kacau rata di atas api sederhana hingga pekat
  • Ketepikan dari api, campurkan marjerin, tepung dan vanila
  • Kacau sebati kemudian tuangkan ke dalam loyang
  • Bakar selama 1 jam dengan suhu 200 (degree celsius) atau hingga keemasan. Sapukan sedikit butter di atas permukaan kuih, gril sebentar biar permukaannya nampak garing

No comments:

Post a Comment