Tuesday, November 23, 2010

LOMPAT TIKAM

Bahan-bahan (lapisan hijau):
  • 3 cawan santan cair
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan jus pandan + sedikit pewarna hijau
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh air kapur
  • sedikit garam

Bahan-bahan (lapisan putih):

  • 4 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh garam

Bahan-bahan gula merah:

  • 2 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara (lapisan hijau):

  • Gaulkan semua bahan lapisan hijau dan tapiskan
  • Kacau adunan di atas api sekejap (lebihkurang 5 minit dengan api perlahan)
  • Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 15 minit

Cara-cara (lapisan putih):

  • Satukan semua bahan sehingga sebati. Tapiskan
  • Kacaukan adunan ini di atas api yang sederhana sekejap
  • Kemudian cakarkan sedikit permukaan lapisan hijau dan tuangkan adunan putih
  • Kukus selama 15 minit
  • Sejukkan dan potong. Hidangkan dengan air gula merah
Cara-cara gula merah:
  • Jerangkan semuanya di atas api hingga mendidih
  • Sejukkan dan tapis sebelum dihidang bersama kuih lompat tikam

No comments:

Post a Comment