Friday, November 19, 2010

LEPAT PISANG

Bahan-bahan:
  • Pisang emas atau pisang lain yang masak (dilenyekkan)
  • Gula dan garam secukupnya
  • Tepung gandum secukupnya
  • Kelapa muda parut digaul dengan sedikit garam
  • Daun pisang secukupnya (dilayu atas api perlahan)

Cara-cara:

  • Panaskan periuk kukusan
  • Dalam bekas, campurkan pisang yang telah dilenyak dengan gula, garam dan tepung gandum hingga sebati
  • Ambil daun pisang dan letakkan 1 sudu besar adunan pisang di tengah-tengah daun
  • Kemudian, letak 1 sudu kecil kelapa muda parut di tengahnya dan gulung daun pisang
  • Lipat kedua-dua bahagian tepinya biar kemas. Buat hingga habis.
  • Letak/susun dalam periuk kukusan. Kukusan selama 30 minit hingga masak atau kelihatan daun pisang kekuningan
  • Sedia untuk dinikmati


No comments:

Post a Comment