Friday, November 19, 2010

LEMPENG PISANG

Bahan-bahan:
  • Pisang emas atau pisang lain yang masak (dilenyek)
  • Tepung gandum secukupnya
  • Sedikit garam dan gula
  • Kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam
  • Daun pisang yang telah dilayur atas api
  • Sedikit minyak masak
Cara-cara:
  • Gaulkan pisang yang telah dilenyek dengan tepung gandum, garam dan gula sehingga sebati
  • Kemudian, sendukkan adunan tadi ke atas daun pisang (kuantiti mengikut saiz daun pisang)
  • Ratakan adunan menjadi 1 lapisan yang nipis
  • Selepas itu, taburkan kelapa parut ke seluruh permukaan lapisan adunan pisang
  • Dengan berhati-hati, lipat dua/telangkupkn lapisan adunan pisang (mcm menutup buku yang tebuka)
  • Panaskan pan yang telah disapu dengan sedikit minyak
  • Masak lempeng hingga garing
  • Sedia untuk dinikmati

No comments:

Post a Comment