Thursday, November 4, 2010

THAI VERMICELLI SALAD @ YUM WOON SEN

Bahan-bahan:
  • 100 g soo hoon
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
  • 300 g isi udang
  • 1 biji bawang besar, hiris halus
  • 2 tangkai daun bawang, hiris halus
  • 4 tangaki daun sup, hiris halus
  • 2 tangkai bunga kantan, hiris halus
  • 3 urat kacang panjang, hiris halus
  • Sedikit bawang goreng
  • Beberapa kepingan salad
Bahan-bahan dressing:
  • 3 biji limau nipis, ambil jusnya
  • 4 camca besar sos ikan
  • 4 ulas bawang putih, cincang lumat
  • 6 biji cili padi siam, hiris halus
  • 2 camca besar gula
Cara-cara:
  • Rendam soo hoon 10 minit, kerat2 dan toskan
  • Celur udang 30 saat dengan satu cawan air, angkat dan toskan
  • Kemudian masukkan soo hoon dan masak 2 - 3 minit (bila soo hoon menjadi jernih). Angkat dan toskan
  • Satukan bahan2 dressing dan gaul semuanya hingga rata
  • Dalam satu bekas, masukkan soo hoon, bawang, daun sup dan daun bawang serta udang
  • Tuang dressing dan gaul hingga rata
  • Tabur kacang tanah dan bawnag goreng sebelum dihidang. Rasa dan jika ok, boleh dihidangkan bersama kepingan salad

No comments:

Post a Comment