Thursday, November 25, 2010

CARAMEL PUDDING


Bahan-bahan A:
  • 400 ml susu segar
  • 2 s/b tepung kastard
  • 2 s/t esen vanilla
Bahan-bahan B:
  • 10 gm serbuk agar2
  • 4 1/2 cawan air
  • 150 gm gula pasir
Bahan-bahan karamel:
  • 1 cawan gula pasir
  • 5 s/b air
Cara-cara:
  • Karamel: Masukkan gula ke dalam periuk kecil, letakkan di atas api yang sederhana, kacau perlahan sehingga gula larut dan berubah warna perang, tutupkan apinya dan tuangkan air perlahan-lahan sambil terus dikacau sehingga menjadi karamel, tuangkan ke dalam acuan, ketepikan
  • Campurkan semua bahan A kedalam bekas, kacau sebati dan ketepikan
  • Masukkan bahan-bahan B ke dalam periuk, kacau rata dan masak sehingga mendidih, kemudian tuangkan bahan A, kacau perlahan sehingga pekat dan barulah ditutup apinya
  • Tapiskan dan tuangkan ke dalam acuan yang berisi karamel tadi
  • Biarkan puding sejuk dan mengeras, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk
  • Apabila puding dah sejuk, bolehlah dihidangkan

2 comments:

  1. saya suka blog akak yg beresepi ni.. hehehe.. sharing is caring..TQ
    http://rizaros.blogspot.com/2010/11/saya-suka-blog-awak-la.html

    ReplyDelete
  2. ros....thanks =) rajin2 la visit blog nie ye.... =)

    ReplyDelete