Friday, November 19, 2010

IKAN TEMENUNG DAUN KUNYIT

Bahan-bahan:
  • 8 ekor ikan temenung segar dikelar (dilumur dengan kunyit dan garam)
  • 4 tangkai cabai hidup (dikisar)
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 batang serai (dikisar)
  • Halia sebesar ibu jari (dikisar)
  • Sedikit cabai kering yang telah dimesin
  • Sedikit sos ikan
  • Air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit santan
  • Minyak masak
  • Beberapa helai daun kunyit (1 helai dihiris halus)
Cara-cara:
  • Panaskan oven pada suhu 200 celcius
  • Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar hingga naik bau
  • Masukkan cabai kering yang telah dimesin, tumis hingga garing
  • Kemudian, masukkan air asam jawa, sos ikan, garam dan gula, kacau sebati
  • Masukkan pula santan, masak hingga terbit minyak
  • Tutup api
  • Susun daun kunyit di atas loyang
  • Selepas itu, susun pula ikan temenung yang telah dilumur garam dan kunyit ke dalam loyang tadi
  • Lumur sambal yang telah masak tadi ke atas semua ikan
  • Bakar selama 45 min atau sehingga masak. Apabila ikan sudah masak, taburkan daun kunyit yang telah dihiris
  • Sedia untuk dinikmati

No comments:

Post a Comment